Fakta Pelik: Adakah Coklat Boleh Menurunkan Lemak Dalam Badan?

fakta-pelik-adakah-coklat-boleh-menurunkan-lemak-badan

Adakah Coklat Boleh Menurunkan Lemak Dalam Badan? Ya, betul. Anda tak salah baca. Memang coklat boleh bertindak menurunkan lemak dalam badan.Coklat boleh dikategorikan sebagai makanan yang susah ditolak, mudah didapati. Lepas makan coklat, rasa bersalah? Memang ada, sudah pasti. Tapi, bidang kajian pemakanan pada waktu ini sedang rancak mengkaji kesan bahan yang terkandung di dalam coklat terhadap paras lemak di dalam badan.

Sejauh mana kebenarannya? Atau ini cuma sekadar cakap-cakap saja?

Coklat vs Teh Hijau = Siapa Lebih ‘Power’?

coklat-teh-hijau

Coklat adalah sumber yang kaya dengan Flavonoids, iaitu sejenis bahan semulajadi di dalam tumbuhan yang bersifat antioksidan. Dan lebih mengejutkan, kandungan flavonoids di dalam coklat adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan teh hijau.

Bagaimana menentukan jenis coklat yang terbaik untuk dimakan?

Tak semua jenis coklat mengandungi antioksidan yang tinggi. Antioksidan hanya terdapat di dalam coklat yang mempunyai pepejal coklat. Serbuk coklat tanpa gula adalah pilihan terbaik (95% pepejal coklat).

Jika tak kena pada selera, anda boleh pilih dark chocolate (85% pepejal coklat) sebagai alternatif. Akan tetapi, JANGAN ambil coklat susu, kerana hanya terdapat 5-7% sahaja pepejal coklat yang terdapat di dalamnya.

Jadinya, tidak berbaloi kerana anda cuma dapat sedikit sahaja antioksidan di dalamnya.

Sihat Atau Tidak: Kesan Coklat Ke Atas Paras Lemak

Association-between-more-frequent-chocolate-consumption-and-lower-body-mass-index

Pada tahun 2012, Dr. Golomb bersama 3 saintis lain di dalam kajian mereka, “Association between more frequent chocolate consumption and lower body mass index” telah menemui hubungan yang rapat di antara mereka yang mengambil coklat di dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap dengan BMI yang rendah.

Sampel kajian tersebut menyatakan bahawa coklat yang diambil mampu mengurangkan pengumpulan lemak serta meneutralkan kesan yang dihasilkan oleh kalori tambahan.

Setelah membaca artikel di atas, apakah anda masih takut makan coklat? tepuk dada tanya selera~

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments