Pentingnya Penjagaan Buah Pinggang Untuk Terus Sihat

pentingnya-penjagaan-buah-pinggang-untuk-terus-sihat

Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa cerita pasal buah pinggang? Kebetulan bulan lepas ada sahabat saya yang mana isterinya menghidap sakit buah pinggang dan terpaksa menjalani rawatan dialysis di hospital. Seminggu hampir 3 kali terpaksa ke hospital untuk menjalani rawatan tersebut. Sebab tu saya rasa macam terpanggil untuk berkongsi mengenai kepentingan buah pinggang ni untuk kebaikkan semua.

Buah Pinggang ataupun Ginjal merupakan salah satu daripada organ utama didalam tubuh manusia. Ianya berbentuk seperti kacang kacang merah dibelah dua dan berada dibahagian bawah pusat kearah belakang badan. Fungsi utama Buah Pinggang adalah:


Balik semula pada cerita kawan saya diatas. Saya kesian tengok dia terpaksa menghantar isterinya ke hospital seminggu 3 kali untuk rawatan dialysis. Sekali rawatan, pesakit terpaksa menghabiskan masa berjam lamanya dihadapan mesin tersebut. Bila dah habis rawatan dan balik rumah, badan pun dah letih je.

Yang lebih memeningkan adalah kos rawatan dialysis tu. Memang kalau sekali tengok macam tak mahal tapi bila dikira balik, kos rawatan tu mencecah puluhan ribu ringgit. Kalau tak silap saya, sekali rawatan, kosnya lebih kurang RM 200 – RM 300. Cuba anda kira sendiri jika seminggu terpaksa buat 3 kali. Kalau sebulan dah berapa?

Cuma sekadar berkongsi sedikit cerita kawan saya. Apa yang kita boleh ambil adalah kita seharusnya menjaga buah pinggang kita sebelum ia rosak. Kita sepatutnya menghargainya semasa ia masih berfungsi dengan baik. Nanti saya akan kongsikan mengenai sebab apa buah pinggang boleh rosak.

Setakat ini dulu buat kali ini. Sekiranya anda ada cerita yang hampir sama untuk dikongsi, sila tinggalkan komen dibawah atau emailkan terus ke ptcbko@gmail.com. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda para pembaca seposen.info.

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments