Sakit Jantung Pembunuh Nombor Satu Negara

sakit-jantung-pembunuh-nombor-satu-negara

Biasa kita dengar orang-orang disekeliling kita bercakap mengenai sakit jantung. Contohnya ‘Ayah aku dulu meninggal sebab sakit jantung’, ‘Jiran aku semalam masuk hospital.. kena heart attack’. Ramai betul yang pengidap sakit jantung. Tak kisah la mana-mana sakit yang berkenaan jantung sememangnya sangat berbahaya dan kritikal.

Menurut Statistik Kementerian Kesihatan, penyakit jantung menjadi punca berlakunya kematian nombor satu di Malaysia yang merangkumi 16.5 peratus kematian di hospital sejak 2008. Malah, anggaran penyakit jantung koronari di negara ini adalah 40,000 kes baru setiap tahun bagi sejumlah 28 juta penduduk atau ringkasnya – 4.52 kes baru setiap jam.

Penyakit jantung koronari di negara ini dianggarkan 40,000 kes baru setiap tahun bagi 28 juta penduduk dan kematian akibat penyakit ini dikatakan 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kanser dalam kalangan wanita.

Golongan wanita juga berisiko untuk mendapat penyakit jantung, tetapi biasanya lambat berbanding lelaki. Ini adalah kerana wanita dilindungi estrogen tinggi ketika masih subur berupaya mengelakkan mereka diserang penyakit itu.

Dianggarkan seramai 23 juta penduduk mati akibat penyakit ini pada tahun 2030. Golongan kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada mendapat penyakit ini sejak masih dalam kandungan hingga lahir.Menurut kajian Unit Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang dijalankan Perunding Kardiologi PPUM, Dr. Ahmad Syadi Mahmoos Zuhdi, 20 peratus pesakit jantung terdiri daripada mereka yang berumur 40 tahun ke bawah.

Hasil kajian juga menunjukkan lebih 95 peratus terdiri daripada lelaki.Pakar Perunding Kardiologi, Pensyarah Kanan PPUM, Dr. Zul Hilmi Yaakob memberitahu, kajian itu bertujuan membuat perbandingan antara statistik pesakit muda dan tua.

Statistik itu menunjukkan pesakit yang berumur 40 tahun ke bawah meningkat.Kalau tengok statistik tu, agak membimbangkan. Ianya menyebabkan saya tertanya-tanya apakah punca sebenar penyakit jantung ni. Ada yang cakap kolestrol tinggi, tak kurang juga yang cakap sebab merokok.

Pada saya ianya lebih kepada amalan gaya hidup yang tidak sihat contohnya tidak menjaga permakanan, merokok serta tidak melakukan aktiviti fizikal. Terpulanglah kepada setiap individu masing-masing.

Terdapat dua cara untuk kita lakukan terhadap penyakit jantung ini iaitu:

1. Mencegah
2. Mengubati

Bak kata pepatah, ‘mencegah lebih baik dari mengubati’. Sememangnya benar kata pepatah tersebut. Sekiranya kita dapat mengelak sudah pasti kita akan terselamat daripada menghidap penyakit jantung. Tapi bagaimana??

Dengan cara kita mengamalkan cara hidup sihat iaitu mengamalkan diet permakanan yang seimbang, melakukan aktiviti fizikal dengan lebih kerap serta berhenti merokok. ‘Ala cakap senang la kan’.. Jadi jika kita tidak dapat mengamalkan cara hidup sihat, terpaksa lah kita buat cara yang kedua iaitu mengubati.

Bila dah sakit ni macam-macam la kan. Bila nak masuk hospital sume kena bayar. Jadi jika kita pilih untuk mengubati, kita terpaksalah membelanjakan duit untuk merawat penyakit. Dengan zaman yang serba canggih kini, teknologi perubatan juga turut berkembang. Pelbagai penyakit yang dulunya tidak boleh diubati tapi kini sudah boleh disembuhkan. Tapi masalahnya adalah kos rawatan atau pembedahan yang terlalu tinggi.

Adat manusia ‘lagi susah benda tu nak kena buat, lagi tinggi la upahnya kan??’… Jadi sediakan duitnya je la.. Baru-baru ni salah seorang dari kawan saya dimana isterinya dimasukkan ke hospital untuk pembedahan jantung. Kosnya adalah RM 70,000… Macam mana?? Adakah mampu nak sediakan duit sebanyak tu??

Mungkin jika anda kaya, tiada masalah.. Bagaimana yang berada di golongan pertengahan dan bawahan ni?? Masih berlum terlambat. Pilih untuk Sihat. Sertakan juga perlindungan untuk membantu di saat yang tak terduga.

Renung-renungkanlah wahai sahabat semua.

Sampai di sini dahulu entri pertama saya, semoga bertemu lagi pada entri lain yang akan datang. Terima kasih sebab sudi singgah disini~

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments