Amalan Pengambilan Makanan Seimbang Mengikut Piramid Makanan

pengambilan-makanan-seimbang

Asalamualaikum dan selamat petang, bertemu kembali kita di petang yang indah ini. Dah makan semuanya? harapnya sudah lah yer hehe. Pada petang ini saya akan berkongsi satu info mengenai Amalan Pengambilan Makanan Seimbang Mengikut Piramid Makanan dalam kehidupan seharian kita.

Seperti yang kita ketahui secara umum, makanan adalah sangat penting untuk kesihatan diri. Kita harus bijak dalam memilih makanan serta mengetahui jumlah makanan yang sesuai untuk badan kita.

Tetapi perlu diingat memakan makanan secara berlebihan boleh menjejaskan diet yang seimbang serta mengundang penyakit seperti;


  • Penyakit jantung
  • Angin ahmar
  • Diabetis
  • Obesiti
  • Dl

    Amalan pengambilan makanan seimbang yang betul adalah mengikut piramid makanan.

    Piramid makanan mempunyai 4 aras yang mengandungi 5 kumpulan makanan. Piramid makanan ini menunjukkan jenis makanan yang harus dimakan lebih dan mana harus kita kurangkan.

    Aras 1 iaitu aras terbawah sekali piramid makanan mengandungi bijirin, hasil bijiran dan ubi-ubian. Ianya termasuk mee, nasi, roti dan capati yang menyediakan zat makanan seperti karbohidrat kompleks, vitamin, mineral dan serat. Kumpulan makanan ini sangat penting dalam diet harian kita, ia adalah kandungan terbesar sajian kita. Jumlah yang disyorkan adalah 8-12 sajian sehari.

    Aras ke-2 dalam piramid makanan mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia merupakan sumber terbaik bagi vitamin, mineral dan serat. Jumlah yang disyorkan adalah minima 5 sajian sehari.

    Pada aras ke-3 piramid makanan mengandungi 2 kumpulan makanan iaitu ikan, daging, ayam dan kekacang serta susu dan hasil tenusu. Bahan-bahan ini memberi kita sumber protein, vitamin dan mineral seperti kalsium dan zat besi. Jumlah yang disyorkan bagi ikan, daging, ayam, kekacang dan makanan daging alternatif adalah 2 atau 3 sajian sehari. Jumlah yang disyorkan bagi susu dan hasil tenusu pula adalah 1 hingga 2 sajian sehari.

    Lemak, minyak dan gula terletak pada aras paling atas sekali dan sedikit sahaja bahan ini diperlukan untuk menambahkan keenakan makanan.

    Sekian saja kongsi info pada kali ini dan diharapkan segala info yang telah disampaikan sedikit sebanyak memberikan input yang berguna kepada anda semua dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat.

    Sehingga berjumpa lagi di artikel yang berikutnya, Assalamualaikum ^^


  • Suka artikel ini? →


    Post a Comment

    0 Comments