Berniaga Pasar Malam Menguntungkan?

berniaga-pasar-malam-menguntungkan

Pernahkah anda semua menjejakkan kaki di mana-mana pasar malam dan jika anda pernah, bagaimanakah situasi di pasar malam tersebut?

Rasanya ia sudah semestinya anda pernah pergi ke sana walau sekali dalam hidup anda. Tambahan lagi pasar malam-pasar malam ini sentiasa terdapat di kawasan-kawasan perumahan anda tidak kira di bandar ataupun dikampung.

Keadaan di situ semestinya terdapat ramai orang tidak mengira umur, jantina atau kaum sama ada yang menjual ataupun yang datang ke situ untuk membeli barang-barang keperluan dan tidak lupa juga untuk membeli makanan. Ia umpama sebuah pasar makanan yang terbesar.

Apakah gambaran anda terhadap peniaga pasar malam tersebut?

Pastinya anda akan menggambarkan bahawa peniaga pasar malam ini selekeh. Dan yang pastinya, anda akan mula membuat andaian bahawa penjual di pasar malam ini sebenarnya berasal daripada keluarga yang miskin dan kesempitan duit.

Jika ada yang berfikiran macam itu, tanggapan anda sebenarnya adalah SALAH!

Hakikat yang anda tidak tahu mengenai mereka ialah sebenarnya mereka mengaut untung yang besar setiap kali menjaja di pasar malam tersebut. Mereka bukanlah seperti yang anda fikirkan. Mereka bukanlah dari golongan yang kesempitan duit seperti yang anda andaikan.

Ada diantara mereka yang menjual di pasar malam kerana minat berniaga. Jika anda ingin tahu, ada juga di antara penjual ini yang bekerja di bidang yang profesional pada siang hari dan menjual di pasar malam pada malam hari. Semua ini bukan kerana kesempitan wang tetapi kerana mereka dapat melihat lubuk emas di pasar malam. Percayalah ramai juga "Jutawan Senyap" bermula daripada menjual di pasar malam!

Seperti yang anda sedia maklum 9/10 daripada punca rezeki anda berpunca daripada perniagaan. Oleh sebab itu, ramai yang menceburi bidang perniagaan. Tetapi hakikatnya ramai juga yang gagal kerana tidak dapat bertahan dalam perniagaan.

Percayalah, ramai yang menjual di pasar malam ini hidupnya lebih senang daripada orang yang makan gaji!

Akan tetapi boleh dikatakan ada juga segelintir peniaga pasar malam yang gagal mengaut untung. Ini kerana pemilihan barang jualan mereka untuk menjual di pasar malam tidak sesuai.

Sekiranya anda minat berniaga, niagalah dengan bersungguh-sungguh, Insyaallah, apa juga bisnes yang anda ingin lakukan kalau 3 perkara ini menjadi asas anda - tekad, azam dan kesungguhan diatas nama agamaNya, sudah pasti akan beroleh kejayaan baik didunia mahupun diakhirat. Insyallah!!

Sekian corat coret saya dimalam buta yang indah dan damai ini. Jumpa lagi di entri yang berikutnya (kalau rajin) hihi.. assalamualaikum!

PS: tempat anda pasar malam hari apa?

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments