Bersama-sama Mengenali Apakah Itu Penyakit Kemurungan

bersama-sama-mengenali-apakah-itu-penyakit-kemurungan

Kemurungan menjadi topik yang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Namun begitu tidak ramai orang yang faham sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan Kemurungan.

Terdapat bermacam-macam masalah yang terjadi dalam menjalani kehidupan ini. Masalah-masalah inilah penyebab stres. Antaranya ialah;

1. Tugasan
2. Kerja
3. Hutang
4. Isteri
5. Anak

Kalau tak pandai menangani stres lama-lama masalah lain pula yang akan timbul. Stres ini akan mengakibatkan anda rasa sedih dan murung hampir sepanjang hari dan kebanyakan hari pada minggu tersebut.

Aktivi yang dulunya menyeronokkan kini terasa hambar dan lama kelamaan anda hilang minat dalam melakukan apa-apapun. Ini menyebabkan anda menjadi semakin sedih dan motivasi anda menurun.

Jika keadaan ini berterusan selama 2 minggu atau lebih, anda mungkin menghidapi gangguan kemurungan. Gangguan kemurungan ini boleh disertai dengan banyak gejala lain seperti;

  • Anda boleh mengalami masalah tidur pada waktu malam sama ada sukar untuk tidur atau bangun tidur terlalu awal.
  • Anda juga mungkin gagal untuk tidur kembali selepas terjaga malam. Ada juga yang tidur dengan berlebihan. Masalah tidur seperti ini akan mengakibatkan anda gagal untuk mendapat rehat yang berkualiti.
  • Penderita kemurungan juga berisiko mengalami masalah pemakanan dan berat badan sama ada berlebihan atau terlalu kurang sehingga membahayakan kesihatan fizikal.
  • Selain itu tumpuan perhatian anda juga akan berkurang dan anda mungkin mudah terleka. Ada yang cepat merasa penat dan tidak bernyawa seperti sebiji bateri yang terlalu cepat kehabisan casnya.

Semakin lama semua ini terjadi semakin banyak tekanan yang dirasakan anda. Ini mengakibatkan anda mudah marah dan cepat kecewa dengan situasi anda. Lama kelamaan anda rasa putus harapan dan tidak ada apa-apa yang dapat menolong anda. Mungkin saja ketika ini anda merasakan diri anda sangat tidak berguna. Idea yang menjurus kearah kematian pula semakin kerap bermain-main difikiran anda.

Jika anda mengalami hal seperti ini dan masih lagi belum mendapatkan rawatan, AWAS!! kemurungan itu MEMBUNUH!!

Terdapat penderita gangguan kemurungan yang bertindak berdasarkan idea-idea kematian ini dan yang sedihnya ada juga yang berjaya MEMBUNUH DIRI. Kejadian membunuh diri merupakan antara penyebab utama kematian dikalangan remaja diseluruh dunia manakala gangguan kemurungan pula dikenalpasti antara penyumbang utama beban penyakit dunia.

Oleh sebab itu secara tidak langsung, gangguan kemurungan ini boleh memberi kesan kepada kita semua. Bantuan dan sokongan sentiasa tersedia dimana-mana pengamal perubatan di tempat anda. Dengan rawatan yang tepat gejala yang dihadapi akan berkurang dan tahap kesihatan mental anda juga akan meningkat.

Adalah menjadi hak semua orang untuk mendapatkan kesihatan mental yang baik. Berikan sokongan anda dan war-warkan kesedaran mengenai kesihatan mental supaya semua orang lebih terbuka untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan mental.

Terima kasih kerana anda sanggup membaca sampai habis artikel ini dan pastikan kemurungan tidak menghalang anda mencapai kecemerlangan.

Semoga bertemu lagi di entri yang berikutnya seandainya jari jemari ini masih gagah untuk menaip memberikan maklumat berguna untuk para pembaca di seposen.info. Terima kasih~

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments