Bila Anak Buat Salah Macam Mana Kita Nak Tegur?

cara-untuk-menegur-anak

Assalamuaikum dan salam sejahtera buat semua, apa khabar? semoga sihat hendaknya ^^

Di petang ini saya nak kongsikan satu entri yang bagi saya amat penting jika anda bergelar ibu bapa. Apakah itu? Bila anak buat salah macam mana kita sebagai ibu bapa nak tegur.

Sebagai ibu bapa kita sudah semestinya tegur anak-anak andai dia telah melakukan kesalahan, baik kecil atau besar.

Kita jangan biarkan, Kenapa? 

Kerana kita ibu atau bapa adalah pemimpin kepada anak-anak kita. Anak itu dalam jagaan kita selagi mereka belum mencapai usia matured atau matang terutamanya mereka yang dibawah 10 tahun adalah sangat penting untuk kita tegur.

Mereka sering melakukan kesilapan, contohnya;

cara-untuk-menegur-anak-2

1. Mereka mengeluarkan perkataan yang tak sepatutnya dituturkan

2. Mereka menyepak kita dan sebagainya atau  melakukan perkara yang tak baik, kalau dibawah usia 3 tahun itu tidak mengapa kerana itu adalah satu fasa yang mana mereka belum faham tapi selebihnya selepas itu terutama setelah 7 tahun mereka dah tahu yang baik dan yang buruk. Maka sekiranya mereka terus melakukan kita kena CALL IT ataupun menegur.

Cara menegur itu sendiri kena betul. 

Disinilah dimana anak yang tidak pernah ditegur, yang tidak pernah dibetulkan ini yang dikatakan menjadi 'Anakku Sazali' tetapi anak yang bila dia melakukan kesilapan, tapi kita memang sayang dia, kita kena tahu itu bukan satu perkara yang salah untuk dilakukan oleh ibu bapa.

Jadi contohnya kalau dia melakukan satu kesilapan, dia malas belajar disebabkan tu dia tak dapat semua A jadi jangan kita jadi terlampau keras pulak kata 'ha tulah haritu taknak belajar, tak dapat A pun langsung, taknak lagi dengar cakap mak'. Apa berlaku? dia tutup telinga.

Dibawah usia 10 tahun dia tutup telinga sahaja. Lebih daripada itu dia akan menghentak-hentak kaki, tutup pintu dan sebagainya. Dan bila dia dah jadi remaja, memang tak akan tegur kita dah lah lepastu. Kenapa? kerana dia rasa orang tak kisah pasal dia.

Jadi apa yang saya nak kongsikan disini adalah macam mana nak tegur?

Tegur dia dengan bertanya.

Agaknya bila lakukan perkara ini apa sebenarnya kamu nak capai? Dengan kamu buat perkara ini sebenarnya kamu nak tunjuk apa nak dapat apa sebenarnya? Sayang nak dapat apa (guna perkataan sayang) saya selalu menggunakan perkataan sayang kepada anak-anak saya sebab perkataan sayang, perkataan kasih ini ia akan memberikan kristal yang cantik dalam badan.

Jadi apabila anak itu kita tegur dengan cara yang betul, dengan bertanya dan memahamkan keadaan dia, kenapa dia melakukan kesilapan itu maka kita boleh memberi nasihat yang betul. Dan bila kita nak beri nasihat, tipsnya adalah guna 'Teknik Sandwich'.

Puji dengan cara yang betul contohnya dia malas untuk basuh kasut, kita puji dia sesuatu yang dia buat betul. Contohnya 'sayang ni rajin sangat tolong mama basuh pinggan, itu sebab mama rasa (kita nak betulkan yang kasut tu) tu mama rasa sayang boleh juga rajin untuk basuh kasut. Bila sayang rajin basuh kasut sayang akan pakai kasut yang bersih, pergi ke sekolah, orang akan tengok keterampilan sayang (hensem je)'.

Jadi kita puji, baiki mana yang dia silap dan kita berikan dia pujian yang membawa kepada masa akan datang. Ini teknik yang boleh dilakukan tetapi teknik ini kena berpasak pada akarnya dimana kita bersangka baik dengan anak-anak, kita sering membantu dia untuk merasa diri dia bagus dari segi diri dia mampu bukan bagus dengan membongkak tapi bagus dari segi ada keupayaan untuk menjadi seorang yang baik, berakhlak mulia dan itu adalah diantara 'Pearl of Wisdom' dalam cara kita untuk menegur anak bila mereka salah tapi sebelum itu kita kena ada undang-undang dalam rumah yang telah dipersetujui barulah kita boleh lakukan hukuman.

Ok setakat itu dululah untuk petang ni, berjumpa lagi untuk entri yang berikutnya ok. Assalamualaikum~

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments