Cara Mengatasi Masalah Kegemukan (Obesiti)

atasi-masalah-kegemukan

Hai assalamualaikum dan selamat malam buat pembaca setia di blog seposen.info. Malam ini saya ingin berkongsi maklumat dengan anda semua bagaimana cara mengatasi masalah kegemukan iaitu obesiti.

Sebelum itu tahukah anda apa itu obesiti?

Definasi Obesiti

Obesiti atau dalam istilah bahasa melayu 'kegemukan' adalah merupakan pungumpulan lemak berlebihan yang terkumpul didalam badang seseorang. Berat badan yang melebihi iaitu BMI melebihi overweight 25-29.9, obesiti ialah BMI 30 keatas.

Apabila lemak yang terkumpul didalam badan menjadi keterlaluan, sudah pasti ianya akan menimbulkan pelbagai penyakit dan seterusnya boleh mengganggu dan memudaratkan organ-organ badan dan pastinya mengakibatkan masalah kesihatan yang serius! Selain daripada menghadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.

Bagaimana pula dengan obesiti di Malaysia?

rakyat-malaysia-gemuk

Statistik pada tahun 2012 menunjukkan hampir separuh rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti iaitu 16.8 juta orang.

Malaysia merupakan negara pertama merekodkan jumlah tertinggi golongan yang mengalami obesiti di asean dan yang ke-3 tertinggi di asia pasifik.

4 daripada 10 orang rakyat di Malaysia mengalami masalah obesiti. Adakah anda diluar sana juga antaranya? Maka renung-renungkanlah.

Cara mengatasi masalah kegemukan (Obesiti)

1. Melakukan aktiviti bersukan seperti bersenam dan beriadah.

Latihan senaman atau riadah ini dapat memberi kesan yang positif antaranya dapat merendahkan peratusan lemak
dalam badan.

2. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit untuk setiap sesi.

Dapat mengurangkan berat badan serta mengurangkan kolestrol dalam darah.

Selain itu juga bersenam dapat menghindari pelbagai jenis penyakit seperti diabetis, hypertension, sakit jantung, kolestrol tinggi dalam darah, buah pinggang dan juga penyakit yang juga dikenali sebagai NCD iaitu penyakit tidak berjangkit.

Selain bersenam dan riadah apa lagi yang boleh kita lakukan?

Banyak sebenarnya, sebagai contoh;

Naik tangga - turun naik tangga
Berjalan laju - 10,000 langkah dalam sehari
Berbasikal

3. Amalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan seharian.

Siapa yang tak suka makan? semua orang suka makan, saya sendiri pun suka makan. Tapi, bagaimana cara makan yang betul?

piramid-makanan

Mengambil makanan mengikut piramid makanan setiap hari dan amalkan diet pemakanan seimbang seperti perbanyakkan makan makanan yang rendah kolestrol.

Elakkan makan makanan yang bergoreng kerana mempunyai kolestrol yang tinggi yang akan membentuk lemak dalam badan.

Perbanyakkan makan makanan yang direbus kerana mempunyai kolestrol yang rendah. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan pertambahan lemak dalam badan.

Perbanyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan bagi meningkatkan anti bodi dalam badan.

Makan mengikut waktu yang betul terutama waktu malam iaitu pukul 6 hingga 7 malam.

Makan makanan semuajadi seperti makanan yang belum diproses dam berorganik dan makanlah mengikut sunnah Rasullullah S.A.W.

Kesimpulannya pelbagai cara boleh kita gunakan untuk mengatasi masalah obesiti. Bak kata pepatah 'hendak seribu daya, taknak seribu dalih'.

Sekian saja untuk malam ini, jumpa lagi di entri yang seterusnya okeys~ cau cin cauuu

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments