Gejala Merokok Di Malaysia

gejala-merokok-di-malaysia

Assalamualaikum W.B.T kepada anda semua, ok baiklah hari ini saya ingin mengupaskan tentang isu merokok.

Merokok ini adalah suatu perkara yang boleh merosakkan manusia, yang boleh mudaratkan manusia dan juga ia boleh MEMBUNUH!Isu ini berkait rapat dengan subjek kita iaitu gejala merokok di Malaysia.

Kematian Di Malaysia Akibat Merokok

Saya akan berkongsikan dengan anda kematian disebabkan merokok dinegara kita. Menurut bekas menteri kesihatan Datuk Seri Dr, S Subramaniam berkata sejumlah 20,000 rakyat malaysia telah meninggal dunia pada setiap tahun disebabkan merokok.

Maka kita dapat lihat rokok ini sangat-sangatlah berbahaya kepada manusia. Ia juga bukan setakat bahaya, ia juga boleh memudaratkan manusia. Jadi kita fikir-fikirkanlah apa tujuan kita merokok itu.

Apa yang ada didalam rokok itu? Kandungan-kandungannya? Adakah ia berbahaya ataupun tidak? Saya senaraikan kandungannya dibawah ini;

1. Tar
2. Stearic Acid
3. Cyanide
4. Pasir Timah
5. Formalin
6. Kromium
7. Methanol
8. Naftalena
9. Nicotin
10. Paint (Cat)
11. Benzena
12. Aseton
13. Arsenic
14. Amonia

Kesan-kesan jangka pendek/jangka panjang akibat daripada merokok keatas sistem tubuh manusia;

Kesan jangka pendek

Otak - Boleh mengakibatkan otak tidak dapat berfungsi dengan baik.
Telinga - Boleh mengakibatkan pekak.
Mata - Boleh menyebabkan kerabunan mata.
Mulut - Nafas jadi berbau, penyebab gigi kuning dan deria lidah menjadi hambar.
Hidung - Boleh mengakibatkan hilang deria bau
Kulit - Kulit cepat berkedut
Paru-paru - Kesukaran untuk bernafas

Kesan jangka panjang

Barah (paru-paru, mulut, tekak, usus, payudara)
Penyakit jantung
Strok
Penyakit Lelah
Penyakit mulut dan gusi
Ulser
Mati pucuk

Tahukah anda merokok juga selain daripada membahayakan diri sendiri, tabiat merokok juga boleh mengakibatkan orang yang terhidu asap rokok tersebut juga boleh mendapat kesan yang sama seperti orang yang menghisap rokok.

Oleh itu kepada semua perokok diluarsana, tolong ya kasihani kepada kami yang tak hisap rokok ni. Kami taknak penyakit itu, kalau rasa nak sangat hisap rokok tu cuba macam ni.. OK KAN?

smoking-room-japan

Akhir kata dari saya beringatlah sebelum terkena penyakit yang merbahaya ini. Ingatlah orang yang tersayang. Andai kata anda seorang lelaki yang bergelar suami, ingatlah kepada isteri dan anak-anak anda! BERHENTI MEROKOK! Anda mampu mengubahnya!

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments