Kahwin Secara Terpaksa Atau Dipaksa

kahwin-secara-paksa-dipaksa

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi, bertemu lagi dipagi ini hari jumaat yang penuh barokah. Semoga apa yang kita kerjakan hari ini dirahmati oleh allah dan dimudahkan olehNya. Baik untuk topik hari ini saya ingin tanyakan 1 soalan, siapa diantara anda yang sebenarnya berkahwin kerana terpaksa atau dipaksa? Ada kan?

Kahwin paksa ini kadang-kadang ada sebab mengapa berlakunya kahwin paksa. Pertama kahwin paksa sebab mak ayah duk tunggu kita cari sendiri pasangan kita, daripada umur 25 tak jumpa, umur 30 tak jumpa, umur 35 tak jumpa, aii takkan nak tunggu sampai umur 40?

Jadi akhirnya mak pun carilah mana yang depa berkenan, dia paksa kita kahwin. Dan kita pula anak yang baik, yang taat, kita pun kata kat mak, ayah, 'takpelah mak, ayah, kalau baik untuk mak, ayah baik jugalah untuk saya, walaupun dalam hati berkata ya Allah kenapalah dipaksa-paksa untuk kahwin' itu kadang-kadang sebab dah kita sendiri tak jumpa cari calon.

Kadang-kadang kahwin paksa boleh berlaku disebabkan mak dan ayah memang rapat dengan kawan-kawan dia ni, dia dah dapat rasakan alangkah baiknya kalau dapat dijalinkan satu ikatan yang lebih rapat. Mak dan ayah yang nak berbesan sangat, bukan anak yang nak kahwin sangat.

Jadi secara tak langsung mak dan ayah tengok kebetulan 'anak engkau kosong anak aku kosong jom kita kahwinkan dia'. Maka diaturkanlah, siap pancing lagi, kalau dengar cakap mak, ayah (dia cakap kat anak tu) anak tak payah keluar 1 sen pun, semua mak ayah tanggung. Perbelanjaan, mas kahwin, urusan jamuan, pelamin, semuanya ditanggung.

Jadi kita pun nak taknak ok alhamdulillah, siapa taknak kahwin free.. kahwin juga. Sebab apa? sebab mak dan ayah berkenan sangat-sangat.

Tapi kita kena faham satu benda, bila kita kahwin paksa ni bukan bermakna kita tidak boleh bahagia sebab ada ketikanya kita kena faham, bercinta selepas berkahwin itu memang berlaku. Yang mana kita kenal pasangan kita hanya selepas pasangan itu menjadi halal kepada kita.

Jadi kita mungkin seronok juga sebab bila waktu itulah baru kita nak kenal perangai dia, kesukaan dia, pakaian dia suka macammana, apa makanan kegemaran dia, bermakna banyak masa tahun-tahun awal perkahwinan itu adalah umpama mengenal pasangaan dan bercinta.

Dan cinta ini memanglah orang kata cinta ini tak boleh dipaksa-paksa. Tetapi kita kena faham juga ramai orang yang bercinta belum tentu bahagia. Berapa banyak kes-kes bercinta bertahun-tahun, bercinta 5 tahun berkahwin 2 bulan akhirnya cerai. Berlaku kan?

Sebab apa? sebab cinta kadangkala buta, dan cinta juga tidak menjamin kebahagian. Jadi kita kena redha, kita kena syukur, mungkin ada lebih terbaik untuk kita sebab Allah lebih tahu. Jodoh pertemuan ini Allah yang aturkan jadi kalau sudah Allah tetapkan itulah jodoh kita, maka kita kena percaya dan kita kena yakin Insyaallah adalah yang terbaik untuk kita yang telah Allah tentukan atau tetapkan itu.

Jadi apa yang boleh kita buat? maka kita mula kenal pasangan, cari kebaikan-kebaikan apakah yang ada kepada pasangan kita. Dan dalam masa yang sama juga kita kena tahu kekurangan pasangan kita yang kita kena bertolak ansur dan mungkin juga kita tahu apa karenah-karenah pasangan kita yang kita terima dan kita kena beralah misalnya kan.

Mungkin pada peringkat awal kita nak tegur takut dia kecil hati, nak tegur nanti takut dia jadikan suatu isu yang besar, maka kita terima, redha dan cuba untuk memahami tengok apa baik dia apa kelebihan dia Insyallah bila setahun, 2 tahun, sebab saya pun ada kawan-kawan kahwin paksa, berkahwin tanpa bercinta ni, yang akhirnya kita akan jumpa apa, dimana sebenarnya kelebihan pasangan kita yang akhirnya kita boleh jatuh cinta.

Jadi sebab itu cubalah untuk kita paksa diri dan bila dalam kita berkahwin ni kita tutup kisah-kisah lama kita, kalau dulu kita pernah kenal orang, pernah putus cinta, pernah ada boyfriend/girlfriend, tak payah bawa dalam cerita perkahwinan kita sebab benda tu tak membantu untuk menyuburkan kebahagian dalam rumahtangga.

Jadi kita kena redha, terima dan kita kena sabar sebab proses mengenal pasangan kadang-kadang kita ni kadang-kadang disebabkan kita tak suka dengan  pasangan kita maka kita jadikan ia satu isu untuk kita berpisah ataupun bercerai. Pastikan ia tidak dijadikan sebagai satu halangan Insyaallah.

OK setakat itu dulu untuk pagi ini. Jumpa lagi dilain masa dilain hari Insyallah. Assalamualaikum.

PS; yang lelaki tu jangan nak ponteng solat jumaat nanti yer!

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments