Kelebihan Kulit Manggis Yang Ramai Antara Kita Tak Tahu

kelebihan-kulit-manggis-yang-ramai-antara-kita-tak-tahu

Tahukah anda di negara kita (Malaysia) sememangnya kaya dengan pelbagai buah-buahan? Ada yang sepanjang tahun berbuah dan ada juga yang boleh didapati didalam musim tertentu saja.

Sebut tentang buah memang tak lari dari rasa yang sedap, jaranglah kita dengar buah tak sedap (melainkan buah buruk hihi ;p), selain dari rasa yang sedap buah-buahan juga mengandungi khasiat tertentu bagus untuk tubuh badan kita. Dan untuk info, buah juga bertindak sebagai makanan tambahan yang menyediakan zat-zat, vitamin dan mineral yang mana bagus kepada sesiapa yang memakannya.

Pada artikel kali ini saya akan berkongsi sedikit info berkenaan buah manggis (kan sekarang ni musim manggis) yang sememangnya terkenal dengan rasa masam-masam manis gituu.

kelebihan-kulit-manggis-yang-ramai-antara-kita-tak-tahu2

Kepada sesiapa yang tak pernah makan atau tahu pun apa itu buah manggis (aduhai siapala yang jakun sangat tu), buah manggis secara amnya berwarna ungu gelap (sekali pandang seakan warna hitam) apabila sudah masak dan ianya berbentuk bulat.

Buah manggis ini ada pelbagai saiz baik kecil atau besar (tapi takdela sebesar buah durian tu). Untuk info buah manggis ini selalunya berkongsi musim dengan buah durian (ha kan elok tu buah manggis sifatnya sejuk dan durian sifatnya panas), jadi sangat cocoklah sekiranya kedua buah ini berkongsi 1 musim kan? Dan ingatlah akan firman Allah swt ; "Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia", Q.S. Ali Imraan 3 : 190-191

durian-vs-manggis

Jikalau anda memakan durian, seeloknya selepas itu anda makan buah manggis yang mana sifat manggis itu sejuk dan badan boleh 'cool down'. Hebat kan aturan Allah? Sekarang baru kita tahu apa hikmah disebalik Allah satukan musim antara kedua-dua buah ini.

Akan tetapi saya pasti ramai diantara kita yang mungkin tahu dan tak tahu akan kelebihan kulit buah manggis ini. Buah manggis itu sendiri selain daripada rasanya yang sedap serta mengandungi pelbagai vitamin dan mineral, kulit buah manggis itu sendiri sangat berkhasiat dan berguna dalam perubatan tradisional. (ada yang tak tahu kan? alaa ngaku je).

Berikut adalah diantara beberapa manfaat dan khasiat buah manggis:

1. Memberi tenaga
2. Mencegah sakit urat-saraf
3. Mencegah inflamasi
4. Mencegah kemurungan
5. Mencegah ulcer
6. Mencegah kanser
7. Meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan
8. Membuang toksid dalam badan
9. Awet muda
10. Mencegah kulat
11. Membunuh kuman
12. Membuang kolestrol dalam badan
13. Mencantikkan kulit
14. Mengurangkan tekanan darah tinggi
15. Mencegah batu karang
16. Mengurangkan kandungan gula dalam darah

Berikut adalah cara bagaimana untuk menggunakan kulit manggis untuk perubatan tradisional:

1. Ambil 1 biji buah manggis
2. Kupas kulitnya
3. Isinya itu anda boleh terus makan atau simpan
4. Kulit manggis yang siap dikupas tadi hendaklah dihiris (macam asam keping) dan jemur sampai kulitnya itu tadi benar-benar kering (OK SIAP)

Sekiranya anda nak guna, ambil 1 cawan air panas dan ambil 1 atau 2 hirisan kulit manggis dan rendamkan dalam air tersebut. Air akan berubah warna kepada ungu (tapi takdela gelap sangat). Rasanya sedikit kelat-kelat gitu akan tetapi sedap hokey! (amalkan selalu)

Dan kepada sesiapa yang menghidap penyakit kencing manis (lukanya lambat sembuh), ambil sedikit kulit manggis yang siap dijemur ditumbuk pakai lesung pun ok dan kemudian tampallah pada luka tersebut, Insyaalah akan cepat sembut dengan izinNya.

So lepas ni kalau beli manggis banyak-banyak tu kulitnya jangan terus dibuang yer! Gunakan ia sebaik mungkin, Insyaallah apa penyakit pun boleh dihindari kecuali MATI. Yang perlu kita buat ialah berusaha, berdoa dan bertawakal pada Allah swt.

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments