Kenali Anak Remaja Anda

kenali-anak-remaja-anda

Apa itu remaja?

Remaja adalah zaman peralihan dari zaman kanak-kanak ke zaman dewasa. Zaman dewasa adalah diantara umur 10 hingga 19 tahun. Remaja terbahagi kepada 3 peringkat iaitu peringkat awal, pertengahan dan peringkat akhir. Zaman remaja adalah amat pendek berbanding zaman dewasa.

Peringkat awal remaja adalah diantara umur 10 hingga 14 tahun. Pada peringkat ini emosi mereka sukar diramal. Mereka mengalami pelbagai konflik diri dan tertarik dengan aktiviti berisiko.

Pada peringkat pertengahan remaja iaitu diantara umur 15 hingga 17 tahun, remaja amat mengambil berat tentang penampilan diri. Kebanyakan masa digunakan untuk kecantikan tubuh badan seperti melakukan senaman, bersolek dan mencuba sesuatu yang baru yang berkaitan dengan diri bagi mendapatkan imej diri yang sesuai dengan jiwa. Mereka juga tidak suka menunjukkan rasa kasih sayang kepada ibu bapa dan cenderung melibatkan diri dengan aktiviti berisiko.

Pada peringkat akhir remaja iaitu diantara umur 18 hingga 19 tahun, remaja kurang sedikit memberi perhatian pada penampilan diri dan mula menyedari perasaan-perasaan yang berkaitan dengan seksualiti. Walaubagaimanapun mereka kembali mendengar nasihat ibubapa.

Ramai remaja melalui zaman remaja ini dengan jaya iaitu hasil sokongan ibubapa, keluarga, guru dan rakan-rakan sebaya. Mereka sering terdedah dengan berbagai masalah sosial dan tingkahlaku berisiko, masalah kesihatan fizikal, pemakanan dan mental.

Tingkahlaku berisiko seperti terlibat dengan dadah, alkohol, merokok, buli dan rempit yang sering dihadapi oleh remaja. Masalah kesihatan fizikal seperti jerawat, panau, migrain, asma dan lain-lain.

Masalah pemakanan yang sering dihadapi seperti obesiti atau kurang berat badan. Masalah berkaitan mental adalah seperti stres, kemurungan, masalah keluarga, anoreksia, marah dan nafsu seks yang tidak dapat dikawal.

Segala masalah remaja ini perlu ditangani, dikawal dan diatasi kerana ianya mungkin boleh membawa kepada masalah yang lebih besar.

Remaja sihat mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti mempunyai tidur yang cukup, menjaga kesihatan diri, pemakanan yang seimbang, bersenam secara konsisten, bersosial bersama rakan-rakan dan geng-geng yang bersikap positif serta berpegang teguh kepada ajaran agama dan berakhlak mulia.

Kementeriah Kesihatan Malaysia telah menubuhkan Kelab Doktor Muda bagi melatih murid celik kesihatan dan boleh berperanan untuk membantu rakan sebaya yang bermasalah.

Jika anda sebagai remaja, ibubapa atau penjaga yang berhadapan dengan masalah kesihatan remaja, sila ke klinik kesihatan berhampiran. Guru-guru juga boleh merujuk pelajar yang bermasalah ke klinik kesihatan yang berhampiran.

Semua klinik kesihatan diseluruh negara menyediakan khidmat nasihat dan rawatan bagi membantu remaja bagi menangani masalah mereka. Segala maklumat kesihatan pesakit atau pengadu akan dirahsiakan kecuali jika didapati;

- Remaja membahayakan dirinya sendiri
- Remaja membahayakan orang lain-lain
- Orang lain yang membahayakan remaja berkenaan

Remaja adalah harapan negara.

"Jika anda nak lihat masa depan sesebuah negara maka lihatlah anak-anak muda hari ini." - Saidina Ali R.A

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments