Kepentingan Mengambil Sarapan Pagi

kepentingan-mengambil-sarapan-pagi

Apa itu sarapan pagi?

Sarapan pagi merupakan sumber makanan pertama yang diambil oleh individu sebelum memulakan hari mereka. Individu yang mengambil sarapan pagi akan mempunyai kehidupan yang lebih berkualiti, lebih tersusun, mempunyai keyakinan yang lebih tinggi serta mempunyai daya pemerhatian yang lebih tinggi berbanding dengan orang yang tidak mengambil sarapan pagi.

Malangnya ramai diantara kita yang meninggalkan sarapan pagi dan memberikan berbagai-bagai alasan untuk tidak mengambil sarapan.

Antara alasan mereka:

1. Sedang mengamalkan diet terutamanya kepada golongan wanita kerana menginginkan bentuk badan yang ideal.
2. Tidak berselera makan diwaktu pagi
3. Tidak sempat untuk menyediakan sarapan pagi kerana bangun lambat.

Inilah antara alasan-alasan popular yang selalu diberikan oleh mereka untuk tidak mengambil sarapan pagi.

Kepentingan mengambil sarapan pagi

1. Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikronutrien dalam otak.
2. Menurunkan berat badan - badan kita mempunyai tenaga untuk melakukan metabolisme secara maksimum.
3. Meningkat konsenstrasi - selepas tidur, badan dan otak memerlukan tenaga dan nutrien untuk berfungsi. Dengan mengambil sarapan pagi akan memberikan tenaga dan meningkatkan konsenstrasi sepanjang hari.
4. Mengekalkan kecerdasan - tidak mengira apa waktu masa bersenam, makanan diperlukan sebelum bersenam untuk mendapatkan tenaga.
5. Membantu mendapatkan nutrien yang penting - tanpa sarapan kita akan kehilangan zat-zat serta nutrien yang diperlukan oleh badan.

Haa macam mana anda yang malas nak makan sarapan pagi tu? banyakkan manfaat jika kita mengambil sarapan pagi?

Jadi lepasni tidak ada alasan lagi untuk kita PONTENG sarapan pagi. Renung-renungkan dan selamat beramal!!

Jumpa lagi di entri yang berikutnya okeys!~

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments