Pantau Gajet Anak-Anak

pantau-gajet-anak-anak

Assalamualaikum dan selamat pagi buat pembaca budiman sekalian. Pada pagi ini saya nak berkongsi satu topik yang memang ramai ibubapa sakit kepala. Apa dia?

ANAK DAN GAJET

Memang tak boleh dinafikanlah kan, anak lahir-lahir saja dah kenal gajet. Hari ini budak umur 2 tahun pun dah pandai main gajet kan, pegang tablet tu. Kadang-kadang dia bukan faham, dia bukan boleh baca tapi dia boleh cari tau. Dia nak buka youtube, nak cari video yang dia nak, dia nak buka apps itu ini, dia boleh cari. Itulah dia anak-anak zaman moden hari ini.

Maknanya tadi zaman dah berubah dan kita kena terima sebab Nabi S.A.W dah pesan 'didik anak ikut zaman'. Jadi oleh sebab itu zaman sekarang kita tak boleh jadi ibubapa yang terlalu keras, terlalu tegas yang mana kita kata 'tak boleh main gajet selagi tak lepas hat zaman belajar umur 18 tahun baru boleh pegang gajet'.

Habis tu takkan umur 18 tahun baru anak-anak kita nak tahu bagaimana penggunaan gajet ini? tak boleh. Sedangkan sekarang ini sistem belajar disekolah pun mereka (guru) dah ada group Whatsapp dan begitu juga kalau kita tengok ada permainan-permainan video yang boleh merangsang otak anak menjadi lebih cerdas. Dalam game tu dia ada skil-skil, skil untuk mengatur strategi, skil untuk mengurus, skil untuk negotiate dan sebagainya. Semuanya ada dalam gajet-gajet dan permainan itu tadi.

pantau-gajet-anak-anak2-

Cuma yang jadi masalah apabila;

1. Anak terlalu lalai dengan gajet, pagi petang siang malam tak boleh lekang daripada gajet.

2. Anak menyalahgunakan gajet ataupun menyalahgunakan akses yang kita bagi itu untuk mereka berhubung dan juga untuk mereka melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Kadang-kadang mungkin mereka bercakap perkara yang tidak elok ataupun dia belajar perkara yang mungkin boleh merosakkan akhlak dan minda mereka.

Ini yang kita kena hati-hati yang kita kena jaga. Jadi sebab itu kita sebagai ibubapa kita nak halang tak boleh, tetapi kita boleh pantau.  Sebab itu kalau kita sebagai ibubapa, pertamanya sekali kita ambil gajet anak-anak kita tu cuba tengok apakah aplikasi-aplikasi dia download, cuba lebihkan aplikasi yang boleh bantu untuk mereka belajar sesuatu yang baru.

Dan begitu juga kalau dia ada Instagram, Facebook dan sebagainya, pastikan kita tahu akses kepada Instagram dan juga Facebook dia (apa username & password dia). Daripada kecik dia dah biasa kongsi dengan kita username dan password, bila dia remaja nanti dia dah tak kisah, sebab apa? sebab tidak ada rahsia dia nak sembunyikan daripada kita sebagai ibubapa. Sebab tu elok daripada kecik kita dah latih untuk mereka terbiasa dengan berkongsi perkara-perkara gajet tu dengan kita sebagai ibubapa.

Dan masalah kadang-kadang timbul apabila kita sebagai ibubapa terlalu biarkan, bila kita terlalu biarkan, kadang-kadang anak tu dia berkawan, sebab diluarsana ada orang yang mengambil kesempatan.

Contoh aplikasi-aplikasi seperti WeChat. Yang ini kalau ada icon aplikasi tu dalam gajet anak-anak, tolong delete. Jangan bagi anak kita dengan wechat sebab wechat ini dia terlalu bebas. Jadi bila terlalu bebas tu macam-macam perkara yang lucah, perkara yang berkaitan yang tak elok semua ada dalam tu. Jadi delete yang tu sebab sukar untuk kita kawal.

Yang lain Insyaallah.. Instagram & Facebook masih boleh kita kawal dan kita latih anak kita, bila dia biasa dah mula ada media sosial, kita latih anak kita untuk kenal profail orang. Macammana kita latih dia? 'haa tengok ini.. gambar palsu, nama palsu, identiti palsu' kemudian check siapa yang hantar friend request dan sebagainya, kita tinjau tengok profail orang terbabit, kadang-kadang perkara yang dia post mengarut. Jadi kita kata jangan accept orang-orang ini untuk jadi kawan kepada anak kita. Pesan pada anak sebegitu .

Dan kita kena latih juga anak kita terutamanya anak perempuan ni supaya kenal macammana ayat-ayat penggoda. Haa ni penting ni, kadang-kadang dia mengayat sikit-sikit kemudian dia heret anak kita untuk bercakap perkara-perkara lucah, perkara tak elok, tak baik.

Jadi kita kena pastikan anak-anak kita kenal dan tahu ayat-ayat ini tak boleh dipercayai dan boleh merosakkan minda dan juga kehidupan anak kita dan masa depan anak kita. Jadi sebab itulah tuan-tuan dan puan-puan tak boleh dipisahkan tapi boleh dipantau, boleh di disiplin dan boleh dijaga. Itu tanggungjawab kita sebagai ibubapa, Insyallah.

Semoga entri ini memberikan sedikit sebanyak input kepada ibubapa diluar sana. Bertemu lagi dilain entri okey! Assalamualaikum~

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments