Proses Perkembangan Pembesaran Anak Lelaki

proses-pembesaran-anak-lelaki

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca di blog seposen ini. OK hari ini saya akan berkongsikan satu tajuk khususnya buat ibubapa iaitu Proses Perkembangan Pembesaran Anak Lelaki.

So anak lelaki atau anak perempuan memang berbeza dari sudut jantinanya pastinya berbeza, tetapi dari sudut pembesaran mereka menurut kajian oleh Steve Vidal, kajian beliau sangat menarik kerana beliau explore dan pergi ke merata tempat di dunia ini untuk melihat dan mengenalpasti bagaimana anak lelaki dibesarkan.

Jadi menurut beliau yang mana saya merasakan perkara ini sangat sama dengan bagaimana islam juga menyatakan pembesaran anak-anak ada 3 peringkat. Ini untuk anak lelaki, khusus kepada anak lelaki sahaja.

- 7 tahun pertama
- 7-14 tahun
- 14-21 tahun

7 tahun yang pertama adalah bersama dengan ibu. Sangat penting bagi mereka dapatkan kasih sayang yang sepatutnya daripada seorang ibu.

Kemudian bila masuknya mereka 7 tahun - 14 tahun adalah masa dimana mereka perlu berada bersama ayah mereka.

Dan kemudiannya 14 tahun - 21 tahun adalah masa dimana mereka perlukan mentor yang berbeza, bukan ibu bukan ayah tetapi satu mentor yang sangat membantu memotivasikan diri mereka menjadikan mereka satu karakter yang sangat-sangat bagus untuk mereka membentuk siapa diri mereka akan datang.

Jadi 6 tahun - 7 tahun yang pertama tadi bila kita kata anak tidur bawah ketiak mak, memang tersangat betul, sepatut-patutnya itulah sebaik-baiknya, perlu dapatkan sebanyak yang boleh perhatian dan kasih sayang.

Sebelum ini kita sentuh tentang attachment (secure attachment) dengan ibu untuk anak lelaki adalah sangat-sangat penting. Apa yang berlaku kepada dia adalah ibu perlu ada untuk membantu menceritakan tentang mungkin masalah emosi ataupun masalah tantrum. Perlu ada ibu disitu untuk memberikan kasih sayang yang sepatutnya.

Kemudian masuk sahaja mereka ke umur 7 tahun keatas (7 - 14 tahun), mereka akan tiba-tiba segala-galanya adalah AYAH. AYAH AYAH AYAH, kenapa berlaku begitu? 7 - 14 tahun adalah masa dimana mereka perlukan satu contoh (orang kata masculinity) seorang ayah, seorang watak yang bila dia lelaki, kan dia nak jadi seorang leadership so mereka perlu ikut siapa ayah mereka. So segala apa yang ayah lakukan, anak tadi pasti akan ikut dan jadi idolalah kepada anak tadi.

Masuknya mereka 14 tahun keatas mereka perlukan mentor bukan ibu bukan ayah kalau anda boleh carikan mentor ini sangat bagus, jika tidak pastikan mentor yang mereka pilih adalah mentor yang boleh mereka ikut, ataupun mereka contohi sebaik-baiknya sebegitu.

Elakkan daripada membiarkan anak mencari-cari sendiri tanpa kawalan daripada anda sebab nanti kesannya adalah 'character building' itu, siapakah mereka akan datang nanti.

Jadi itu sahaja untuk 3 peringkat perkembangan pembesaran anak lelaki. Mungkin lepasni saya akan buat entri untuk anak perempuan pula. Jadi jumpa lagi untuk entri yang berikutnya okay.. tungguuuu~

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments