Proses Perkembangan Pembesaran Anak Perempuan

proses-pembesaran-anak-perempuan

Assalamualaikum dan selamat petang khususnya buat silent reader yang dikasihi sekalian. Di petang ini sambungan daripada entri semalam iaitu mengenali proses perkembangan pembesaran anak lelaki, kali ini kita akan fahami proses perkembangan anak perempuan pula.

Kita dah faham macam mana anak lelaki di 3 peringkat yang berbeza, kali ini kita nak tengok anak perempuan pula.

Berbeza dengan anak lelaki, anak perempuan ini sedikit vulnerable, perlu kita jaga emosi mereka dengan betul sebelum mereka tercari-cari kasih sayang diluar sana.

Peringkat mereka ada 5 iaitu;

- 0-2 tahun dimana mereka perlukan security, perlukan jaminan bahawa mereka selamat. Perlu ada ibu perlu ada ayah. Bagi single parent perlunya environment yang safe untuk mereka ya. Kalau kita ada atuk dan nenek itu sangat membantu untuk memberitahu anak tadi yang dibawah 2 tahun bahawa mereka dalam keadaan environment yang sangat selamat.

3-5 tahun adalah dimana mereka sedang explore the world, mereka ingin mencuba pelbagai perkara. Masa inilah kita akan nampak anak perempuan tadi Tantrum lah, tiba-tiba buat perangai lah, tiba-tiba nak explore menjerit-jeritlah. So dia sedang meng'explore dunia mereka samaada dunia ni fun atau tidak untuk mereka. So mereka sedang mengkaji apa sebenarnya dunia ini. Kalau kita kaitkan dengan entri sebelum ini, saya ada berkongsi tentang otak kita, saya berkongsi tentang bagaimana nak jaga emosi kita, semuanya berkait rapat juga ya dengan peringkat-peringkat ini. So 3-5 tahun adalah dimana anak perempuan sedang mengeksplorasi dunia luar.

Kemudian masuknya umur 5-10 tahun adalah peringkat dimana mereka perlu ada kawan. Mereka sedang explore bagaimana bersosial dengan kawan, bagaimana kalau bermain-main dengan emosi (saya taknak kawanlah dengan awak) so kawan merajuk, kita pun kadang-kadang mungkin merajuk, kita pun mungkin kadang-kadang terasa hati, ambil hati dan sebagainya so itu adalah peringkat dimana mereka perlu lalui proses itu. So proses berkawan dan bersosial dengan kawan-kawan yang lain.

Dan kemudian masuknya 10-14 tahun peringkat ke-4, adalah dimana mereka mencari-cari karakter diri mereka sendiri. Contohnya saya sendiri dulu, saya explore macam mana jadi Rappers (maklumlah masa tu zaman 4U2C, Feminin dan sebagainya) hihi, kemudian eh tak sesuailah style macamni, kita explore, explore dan explore. Itu juga yang akan berlaku antara umur 10-14 tahun mencari-cari siapakah identiti diri mereka sendiri.

Dan peringkat yang ke-5 adalah peringkat umur 14-18 tahun persedian untuk menjadi dewasa. Adakah kita mampu untuk memegang tanggungjawab menjadi dewasa kelak? So 5 peringkat ini adalah sama pentingnya tetapi agak berbeza dengan pembesaran anak lelaki disebabkan anak perempuan dari sudut mengawal emosi (dia punya terasa itu lebih sedikit daripada anak lelaki yang objektif), maka berlakunya 2 perkara yang berbeza ini. Juga dari sudut lain cara perkembangan otak juga sangat memberi kesan kepada bagaimana mereka memberi reaksi kepada apa yang berlaku disekeliling mereka.

So itu sahaja untuk 5 peringkat perkembangan anak perempuan untuk petang ini ok. Moga bertemu lagi di lain entri. Stay tuned okey! Assalamualaikum~

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments