TERKINI: Mangsa Gua Tham Laung Dijangkiti Pneumonia

mangsa-gua-tham-laung-dijangkiti-pneumonia

Berkenaan kes mangsa yang terperangkap di gua Tham Laung tempoh hari, operasi menyelamat berjaya dilakukan, kesemua 13 mangsa berjaya dikeluarkan dan kini dirawat di hospital Prachanukroh, Thailand.

Dilaporkan keadaan mangsa masih lagi terlalu lemah dan beberapa orang daripada mereka mengalami jangkitan Pneumonia.

Pegawai kesihatan melaporkan seorang lagi mangsa yang berjaya dikeluarkan mengalami simptom jangkitan Pneumonia.

pneumonia

Pneumonia adalah jangkitan pada paru-paru yang disebabkan oleh virus, bakteria atau kulat yang menyebabkan bengkak pada ruang udara kecil didalam paru-paru.

Simptom yang sama juga dilaporkan ada pada dua mangsa yang diselamatkan ahad lalu.

Empat kanak-kanak lelaki yang diselamatkan dalam operasi pertama menyelamat kini dilaporkan semakin pulih dengan imbasan sinar X pada dada mereka.

Mereka yang mengalami simptom Pneumonia perlu ditahan di hospital selama seminggu sebelum dibenarkan pulang berehat dirumah masing-masing.

Sepanjang mangsa terperangkap dalam gua, kebanyakannya mengalami penyusutan berat badan sekitar 2kg.

Kami di seposen.info berharap agar kesemua mangsa gua Tham Laung segera kembali sihat dan dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments