Tips Untuk Menjadi Ibubapa Yang Baik

tips-untuk-menjadi-ibubapa-yang-baik

Assalamualaikum dan selamat pagi khususnya pembaca setia di blog seposen ini, di pagi yang indah tenteram ini saya akan kupaskan satu topik berkenaan Psikologi kanak-kanak.

Psikologi secara umumnya adalah satu bidang emo yang mengkaji tingkah laku, fikiran dan perasaan manusia. Ada pelbagai bentuk masalah tingkah laku khasnya dalam kanak-kanak yang saya temui seperti masalah rasa sedih contohnya ataupun anak yang terlampau marah ataupun anak yang mengalami tekanan khususnya kerana penyakit kronik.

Secara umumnya kita tahu bahawa kehidupan seharian sekarang ini adalah agak menekan, maksud saya dengan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, pendapatan isi rumah yang mungkin tidak meningkat tetapi 'cost of living' meningkat. Jadi kita semua secara umum merasa tekanan ini dalam suasana yang berbeza.

Jadi saya juga pasti anda semua tahu bahawa ada beberapa berita yang kita dengar tentang bagaimana orang dewasa atau ibu bapa yang mungkin gagal untuk mengawal tekanan ini ataupun gagal untuk menyelesaikan masalah kewangan mereka dan tekanan-tekanan yang ada dalam diri orang dewasa ini amat mudah untuk memberi kesan kepada kanak-kanak.

Saya suka untuk memberikan cadangan setiap dari kita lebih-lebih lagi orang dewasa perlu ada kemahiran untuk mengurus tekanan.

1. Untuk keperluan diri kita sendiri iaitu apabila kita boleh mengurus tekanan diri kita sendiri, kita akan dapat mengawal keadaan dengan lebih baik dan kita akan dapat menghadapi keadaan tekanan dengan lebih berkesan.

2. Apabila kita boleh dapat mengawal tekanan diri kita sendiri, kita tidak akan meninggalkan kesan yang negatif kepada orang-orang disekeliling kita terutamanya kanak-kanak sebab kanak-kanak seperti yang kita tahu pastilah mempunyai kemahiran yang jauh lebih rendah daripada kita orang dewasa kerana mereka tidak mempunyai pengalaman yang cukup dalam hidup.

tips-anak-gembira

TIPS ANAK GEMBIRA

Seterusnya saya akan berkongsi sedikit tentang apa perkara simple yang kita boleh buat untuk kita buatkan anak lebih gembira (happier children), saya rasa itu adalah salah satu benda yang semua ibu bapa inginkan dan mungkin dengan kekangan masa dengan tanggungjawab yang banyak mungkin kita terlupa benda-benda simple yang dulu ibu bapa kita buat tapi kita tak perasan dan kita boleh buat untuk anak-anak kita.

Yang pertama adalah 'spend quality time' dengan anak kita seboleh-bolehnya. Setiap anak ada dia punya individual quality time. Quality time tu maksud saya masa yang very specific for this particular child, katakan kita ada anak ramai 3,4 orang, kita rancang satu masa yang special untuk setiap satu dari mereka dan bila kita rancang masa begini setiap anak tu dia mesti rasa 'this is my special time and this time is only for me and my mother for example orang lain tak boleh kacau and i own this time and i can do anything i want with my mother at this time'.

Jadi mungkin bila saya cakap macamni ada parents yang kata 'kami mana ada masa nak spend, banyak masa untuk setiap anak individual yang lain kan. Bila saya kata quality saya tidaklah kata ia mesti lama, bukan by quantity but quality.

Kualiti itu bergantung kepada how a child perceive the time for them maksudnya anak itu kena tahu 'ini memang masa saya, mak saya akan spend the whole time for example 20-30 minutes bukannya everyday mungkin 2 atau 3 kali seminggu'.

Jadi apa yang kena isi dalam quality time itupun mesti berkualiti bukan masa quality time tu kita nak suruh anak kita buat homework, NO ok ataupun kita nak main dengan anak kita tetapi anak tu kena main satu game yang ikut undang-undang kita. THAT'S IS NOT QUALITY TIME FOR THE CHILD, THAT QUALITY FOR THE MOTHER.  ^^

YES spend quality time with the child and this time is a time where a child can do what he or she wants as long as it's not harmful for them. Dan anak ini akan rasa dan mungkin looking forward for the time in a week for example 'saya menunggu-nunggu hari sabtu ini pukul 10 contohnya saya ada masa untuk mak saya dan orang lain tak boleh ganggu'. Jadi anak ini akan lebih rasa special, akan rasa dihargai, dan menjadi lebih rapat and of course a mother kena ada some skills lah supaya anak tu boleh rasa this is my time.

Yang kedua yang kita boleh buat untuk membuat anak yang happy atau gembira dalam rumah adalah in edition to this individual quality time, kita kena ada family time together maksudnya dalam satu hari mesti ada satu masa dimana kita boleh duduk sekali sebagai family.

Kalau tak dapat satu hari pun sebab sekarang ni ibu bapa banyak bekerja kan, dalam satu minggu tu kita kena spend ataupun kita kena allocate family time, contohnya makan. Waktu makan tu makanlah bersama-sama. Kalau tak dapat mungkin waktu solat kalau orang islam kita solat berjemaah kan. Solat tu walaupun sekejap dia mesti rasa as a family dia are doing this together.

Tak perlu tunggu cuti untuk nak buat aktiviti bersama-sama, setiap hari rutin tu kalau ada untuk bersama-sama is a good thing.

Dan ketiga untuk membuat anak happy celebrate the effort. PLEASE parents celebrate the effort rather than the outcome.

Saya banyak tengok pada facebook kalau lepas UPSR, bangga dengan anak dengan result, itu semua adalah kita celebrate the outcome. Outcome tu is not in the hand of the children at all.

Walaupun ada anak kita yang belajar bersungguh-sungguh mungkin dia punya result tak bagus jadi kita akan rasa kecewa, anak itu lebih-lebih lagi rasa kecewa but parents please celebrate the effort. Effort ini maksudnya katalah darjah enam itu dia belajar dari awal tahun sampai UPSR, YES those continuos effort is to be celebrated lah. Bukan celebrate semasa dia dapat UPSR bagus, maksudnya sepanjang dia belajar tu kita give support, kita bagi acknowledgement.. for example 'mama/papa nampak along spend time untuk belajar walaupun along rasa nak main, rasa nak tengok tv but you spend some time to read, to study' those are the effort that we need to celebrate.

Jadi anak tu rasa apa usaha yang dia buat untuk mendapat kejayaan tu di acknowledge rather than the outcome which is not in their hand and not even in our hand OK.

Sampai disini dahulu kupasan saya berkenaan tajuk Tips untuk menjadi ibubapa yang baik. Diharap dapat berjumpa lagi dilain artikel ok. Assalamualaikum... babaii~

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments