5 Jenis Kereta Termahal Didunia

kereta-termahal-didunia

Hai assalamualaikum dan selamat tengahari kepada semua. Pada artikel kali ini saya akan berkongsikan satu tajuk berkenaan kereta. Kenapa kereta? WHY?

Kereta atau automobil adalah kenderaan yang beroda empat. Dimasa dulu ia juga dikenali sebagai kenderaan bermotor (motor) merujuk kepada enjin.

Bercakap tentang kereta dan motor, kali ini kita akan lihat 5 yang paling mahal didunia.

1. Mercedes Benz Mayback Exelero - 8juta USD

mercedes-benz-mayback-exelero

Kenderaan paling termahal didunia dihasilkan oleh Mercedes Benz. Mercedes Benz Mayback Exelero dikeluarkan pada tahun 2014, sebuah kereta yang paling mewah didalam dunia.

Menggunakan teknologi rekaan dari German, kereta ini mengadaptasikan rekaan kenderaan dari tahun 1930an (klasik & elegan).

Kenderaan ini direka oleh jurutera daripada mercedes. Mereka yang diketuai oleh 3 orang profesor rekaan automotif dan 4 orang pelajar automotif.

Mendapat gelaran kereta paling elegan didunia, Mercedes Benz Mayback Exelero ini berharga 8juta USD.

2. Koenigsegg CCXR Trevita - 4.8juta USD

koenigsegg-ccxr-trevita

Ini adalah sebuah kenderaan yang dikeluarkan oleh syarikat Koenigsegg, iaitu sebuah pengeluar kenderaan mewah di Sweeden.

Kenderaan ini sangat 'RARE' hanya 2 unit pernah dikeluarkan dan salah seorang pemilik kenderaan ini adalah juara tinju heavyweight, Floyd Mayweather's.

Kenderaan ini mendapat jolokan sebagai 'berlian yang mempunyai roda', dengan 1018 kuasa kuda (HP), kereta ini boleh memecut sehingga 100 kilometer sejam hanya dalam masa 2.9 saat manakala kelajuan maksimum kenderaan ini adalah 410 kilometer sejam! (wow laju gile kan)

3. Lamborghini Veneno Roadster - 4.5juta USD

lamborghini-veneno-roadster

Sebuah lagi syarikat kereta lumba dari Italy, ditempat ketiga adalah Lamborghini Veneno Roadster.

Direka untuk memperingati tahun yang ke-50 syarikat automotif Lamborghini, diinspirasikan daripada sebuah model lama iaitu Lamborghini Aventador.

Kereta ini dikatakan sangat pantas. Ia boleh memecut sehingga 60 kilometer sejam hanya dalam masa 3 saat.

Dengan harga 4.5juta USD, hanya 3 buah unit Lamborghini Veneno Roadster dikeluarkan dan ketiga-tiga kenderaan ini sudahpun mempunyai pemilik.

4. Lykan Hypersport - 4.5juta USD

lykan-hypersport

Lykan adalah sebuah kenderaan yang dibuat oleh syarikat dari Dubai, menjadikan ia kenderaan supercar pertama yang dikeluarkan dari timur tengah.

Dengan rekaan 2 pintu, Lycan boleh memecut sehingga 100 kilometer sejam hanya dalam 2.8 saat.

Apa yang menarik rekaan dalaman dan lampu depan kenderaan ini dihiasi dengan berlian dan para pembeli boleh membeli sendiri jenis-jenis berlian. (haii sapelah yang super kaya tu yer)

Pernah dipaparkan didalam filem 'Furious 7', hanya 7 buah unit Lycan Hypersport dikeluarkan diseluruh dunia berharga 4.5juga USD.

5. Ferrari Pininfarina Sergio - 3juta USD

ferrari-pininfarina-sergio

Ditempat ke-5 adalah sebuah kereta Ferrari, tapi ini bukan sebuah kereta Ferrari yang biasa, hanya 6 buah unit sahaja model Pininfarina Sergio ini dikeluarkan diseluruh dunia.

Model ini diinspirasikan daripada model Ferrari lama iaitu Ferrari Spider 458.

Dengan perubahan dibahagian dalam dan badan kereta, model ini juga dikeluarkan sebagai simbol memperingati seorang pereka lagenda kenderaan Italy, Sergio Farina yang meninggal dunia pada tahun 2012.

Apa yang menarik sesiapa yang mahu memiliki kenderaan ini, mereka bukan sahaja perlu menyediakan duit yang banyak, untuk mendapatkan Ferrari Pininfarina Sergio ini, mereka akan dipilih oleh pihak Ferrari sendiri samaada pembeli layak ataupun tidak.

Setakat ini hanya 4 pemilik kenderaan model ini yang pernah dicatatkan, pemilik ini tinggal di Arab Saudi, Amerika Syarikat, Jepun dan Switzerland. Dengan 3juta USD, kereta ini adalah kereta kelima termahal didunia.

Itulah dia 5 kenderaan termahal didunia, kalau ada lagi saya akan tambah untuk artikel seterusnya hokeyy.

Terima kasih kerana sudi bersama kami, akhir kata, majulah sukan permotoran untuk negara. (VrOom vroOmm) Assalamualaikum......

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments