5 Kota Yang Hilang Dalam Sekelip Mata


Bagaimana sebuah kota yang gah boleh hilang sekelip mata? Apakah sebab kehilangan kota-kota didalam senarai yang saya akan kongsikan ini yang kebanyakannya daripada zaman silam?

Ada kehilangan yang dapat dijelaskan dan ada yang masih dianggap sebagai mitos dan misteri.

Sodom and Gomorrah (Zaman Nabi Luth a.s)


Kota Sodom & Gamora adalah sebuah kota yang pernah disebut didalam kitab suci Al-Quran, Bible, New Testament dan Taurat.

Mengikut Al-Quran, penduduk dikota ini mengamalkan perhubungan sesama jenis. Mereka tidak menghiraukan langsung larangan dan ajaran yang disebarkan oleh Nabi Luth pada waktu itu.

Disebabkan kesombongan dan hubungan songsang mereka dimurkai oleh Allah s.w.t, batu berapi diturunkan dari langit dan memusnahkan keseluruhan kota dan penduduknya.

Penduduk kota Sodom mempunyai akhlak yang sangat buruk. Mereka seringkali melakukan maksiat dikota mereka dan sering terjadi pencurian dan perampasan harta benda.

Orang-orang yang lemah dan tidak berdaya sering menjadi korban dari orang-orang yang berkuasa.

YS (430-1084 SM)


Mungkin untuk membina sebuah kota dibawah paras lautan bukanlah idea yang terbaik. Diantara tahun 430-1084 SM dahulu, kota YS dibina dibawah paras lautan oleh seorang raja yang bernama GRADLON.

Legenda menceritakan kota ini dibina untuk anak perempuannya 'DAHUT' disebabkan 'DAHUT' adalah seorang yang suka dengan lautan. Dengan itu, untuk membina kota YS dibawah paras lautan akan membuatkan para penduduk akan tinggal seperti didalam lautan.

Kota YS terletak di CORNOILLE, iaitu salah sebuah daerah dizaman silam Perancis dahulu. Malang apabila seluruh kota termasuk semua penduduk tenggelam dalam sekelip mata bila satu-satunya pintu empangan yang memisahkan kota tersebut dengan lautan dibuka ketika hujan lebat menyebabkan ombak sebesar tsunami menghentam seluruh kawasan kota.

Ada juga legenda menceritakan pintu tersebut dibuka oleh Dahut sendiri kerana terdengar bisikan syaitan.

7 City Of Gold


Untuk beratus-ratus tahun lamanya, The 7 City Of Gold menjadi buruan pencari harta karun kerana mereka percaya dikota ini menyimpan simpanan emas yang banyak malah seluruh bandar diperbuat daripada emas.

Mereka percaya sesiapa yang menjumpai kota ini akan menjadi kaya dalam sekelip mata. Kota 7 City Of Gold dipercayai wujud pada tahun 1500 SM dikawasan hutan zaman silam Mexico dahulu.

Apabila 2 orang perantau yang mendengar khabar angin daripada penduduk kampung tentang kota ini, mereka pulang dan memaklumkankan kepada ketua mereka.

Eksidisi mencari kota 7 City Of Gold pun Bermula. Setelah berbulan-bulan menunggu, akhirnya didalam puluhan orang yang dihantar untuk mencari kota tersebut, cuma seorang sahaja yang selamat pulang manakala yang lainnya terkorban.

Dia percaya yang kota 7 City of Gold ini benar-benar wujud namun begitu pencarian demi pencarian gagal menemui kota tersebut yang dipercayai berada dikawasan yang kini dikenali sebagai kawasan selatan Amerika Syarikat.

El Dorado (800-1500 SM)


El Dorado dipercayai wujud pada tahun (800-1500 SM) dahulu. Kewujudan El Dorado ditulis disebuah buku EL CARNERO yang ditulis oleh Juan Rodríguez Freyle.

Antara sebab kenapa kota ini menjadi buruan adalah disebabkan oleh Tasik Guatavita (tempat penduduk kota menjalankan ritual membuang emas).

Legenda menceritakan, setiap kali Raja dikota tersebut bertukar, penduduk El Dorado akan melakukan ritual untuk membuang emas dan barang-barang berharga dikawasan tasik Guatavita sebagai tanda korban dan taat setia kepada tuhan yang mereka percaya tinggal dibawah dasar sungai.

Ramai yang mencuba untuk mencari harta karun ditasik ini sehinggakan pada tahun 1545, Hernán Pérez de Quesada cuba untuk mengeringkan semua air ditasik ini tetapi usaha mereka gagal!

Atlantis


Antara kota zaman silam yang paling popular didunia, Atlantis bukan sahaja sebuah kota tetapi ia juga adalah sebuah tamadun.

Ada yang percaya Kota Atlantis adalah sebuah kota yang canggih pada zaman dahulu malah lebih canggih dari kota-kota yang ada dizaman kita sekarang ini. Atlantis dikatakan wujud pada tahun 330 SM.

Cendekiawan Greek, PLATO yang menulis tentang kewujudan kota ini. Apa yang menakutkan menurut Plato, dia percaya kerajaan dikota Atlantis adalah sebuah kerajaan yang zalim dan ingin menakhluki dunia.

Kota tersebut tenggalam kedasar lautan hanya dalam satu malam sahaja. KENAPA ia tenggalam masih kekal misteri sehingga hari ini!

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments