5 Manusia Terkaya Didunia


Tahukah anda siapakah 5 manusia terkaya didunia? Dibawah ini saya senaraikan 5 dahulu kerana menurut Forbes yang sememangnya senarainya sahih, tapi kadang-kadang adakah ianya benar-benar menyenaraikan kesemua hartawan terkaya?

Ada sesetengah orang kaya ni 'kaya dalam diam' atau tak mahu dihebohkan. Ianya disebabkan harta yang terlampau banyak dan tentulah akan membuatkan banyak mata-mata yang memerhati. Bukan mereka taknak dihebohkan tetapi kadang-kadang mereka mahu hidup 'low profile' sama seperti orang biasa yang lain.

Jom lihat siapakah 5 individu terkaya didunia:


1. Bill Gates

Satu nama yang tidak asing lagi didalam bidang perniagaan dan teknologi. Berumur 60 tahun, Bill Gates adalah individu yang terkaya dengan aset bernilai 74.9 bilion dolar.

Dia memiliki syarikat pengeluar komputer, Microsoft. Microsoft memiliki syarikat besar yang lain iaitu Nokia. Bill Gates mempunyai reputasi sebagai seorang billionare yang peka dengan isu-isu dunia.

Bersama isterinya, dia menubuhkan 'Bill & Melinda Gates Foundation' iaitu satu pertubuhan yang sering melaksanakan projek kemanusiaan seperti memberikan derma kepada kanak-kanak di Afrika, melakukan aktiviti penyelidikan untuk menyalurkan air yang bersih didunia serta aktiviti kemanusiaan yang lain.

Pertubuhan Bill & Melinda Gates ini juga sering mengajak billionare-billionare yang lain seperti Mark Zuckerberg dan Jack Ma untuk bersama-sama dengan mereka melabur untuk tujuan kebaikan.


2. Amancio Ortega

Amancio Ortega berasal dari Sepanyol, kini berumur 80 tahun, nilai asetnya dicatatkan sebanyak 67 bilion.

Amancio adalah individu yang paling terkaya di eropah. Dia memulakan syarikat pengeluar tekstile pada tahun 1963. Pada tahun 1980, dia telah meluaskan diseluruh Sepanyol dan membuka kedai pertamanya di Amerika pada tahun 1989.

Sehingga ke hari ini, syarikatnya giat berkembang sehingga ke seluruh dunia. Tidak hanya bergantung dengan syarikat tekstile, Amancio juga giat melaburkan duitnya di syarikat-syarikat yang lain khususnya di industri hartanah di seluruh dunia.


3. Warren Buffett

Warren Buffett berasal Amerika Syarikat, dia adalah CEO Berkshire Hathaway iaitu sebuah syarikat yang memegang ekuiti sepenuhnya di pelbagai syarikat seperti syarikat Geico, BNSF, Dairy Queen dan puluhan syarikat yang lain.

Warren Buffett bijak didalam menguruskan pelaburannya. Dia membeli saham pertamanya ketika berumur 11 tahun. Selepas dia tamat belajar, dia bekerja sebagai seorang Stock Broker dan berjaya mengumpul duit bernilai $1juta pertamanya semasa berumur 31 tahun.

Pelaburan Warren bukan selalunya berjaya, ada waktu dimana dia hampir bangkrap. Namun dia seorang yang bijak untuk mengambil peluang dan menunggu saat yang terbaik untuk melabur. Dan kini hanya melalui aktiviti pelaburan, dia memiliki empayar rangkaian syarikat dengan perniagaan yang pelbagai. Aset Warren dicatatkan sebanyak 60.8 bilion dolar.


4. Carlos Slim Helu

Carlos Slim Helu yang berumur 76 tahun berasal dari Mexico. Asetnya pada tahun ini dicatatkan sebanyak 48.1 bilion.

Carlos memulakan perniagaannya bermula dari bawah. Dia memiliki syarikat American Movil, sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di Mexico dan Amerika Syarikat.

Carlos sudah terlibat dalam perniagaan sejak usia yang muda lagi. Dia mengumpul hartanya bermula dengan membeli syarikat yang hampir bangkrap dengan harga yang murah. Membina reputasi syarikat tersebut sehingga ia berharga berbillion ringgit dan menjualnya semula.

Pada tahun 2010, dia pernah menduduki tangga pertama sebagai individu yang terkaya didunia. Walaupun kini tidak lagi berada ditangga yang pertama, Carlos adalah individu terkaya di Mexico.


5. Jeff Bezos

Jeff Bezos adalah CEO dan pemilik laman website E-commerce Amazon.com. Beliau dilahirkan di Amerika Syarikat, dia kini berumur 57 tahun, bermula dari bawah, dia menubuhkan Amazon.com pada tahun 1994, kini menduduki carta ke-7 didalam senarai laman web paling popular didunia.

Bermula dari Amazon.com, Jeff mengembangkan empayar perniagaannya dengan membuka syarikat Blue Origin, iaitu sebuah syarikat yang menjalankan penyelidikan angkasa. Pada tahun ini aset Jeff adalah sebanyak 45.2 bilion dolar.

P/S; haiii seronoknyalah duit berkoyan-koyan ni kan.. boleh beli macam² .. tak gituuu?

Terima kasih kepada anda yang sudi meluangkan masa bersama saya di seposen.info ini dan terima kasih diatas sokongan anda. Jumpa lagi di entri yang lain hokey~!

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments