Adakah Multiverse Ini Benar Wujud?


Secara kasar teori ini mengatakan terdapat lagi bumi yang lain diluar angkasa.

Ini adalah satu teori baru didalam bidang sains angkasa. Penyelidikan masih lagi dijalankan dan tiada sumber sahih yang mengatakan teori ini adalah benar namun begitu tidak dinafikan yang teori ini satu teori yang menarik untuk dikongsikan kepada semua.

Sebuah teori yang digelar sebagai teori Multiverse. Untuk mengelakkan kekeliruan, saya akan gunakan terma didalam bahasa inggeris. Terma yang saya akan gunakan ialah Universe yang bermaksud alam semesta dan juga Multiverse bermaksud universe yang sama tetapi berada ditempat yang lain.

Apa itu Multiverse?


Pada tahun 1965, teori ini pada asalnya dicadangkan oleh seorang ahli fizik Amerika, Hugh Everett III dan ahli fizik terkenal, Stephen Hawking juga percaya dengan teori ini.

Secara kasarnya Multiverse adalah terma yang diberikan kepada Universe lain yang sama dengan Universe kita sekarang ini tetapi wujud dibahagian angkasa yang lain.

Multiverse ini adalah suatu kawasan yang besar dan didalam kawasan ini terdiri daripada Paralel Universe dimana terletak bumi, mars, venus dan sebagainya.

Teori Multiverse ini juga dikenali sebagai teori Many Worlds dan teori Megaverse.

Wujudkah Multiverse?


Seperti yang kita semua tahu, ruang angkasa lepas kita adalah tersangat luas. Masih banyak lagi planet yang belum ditemui oleh manusia dan pada setiap hari ada saja planet baru dicatatkan. Kita tidak tahu dimana angkasa itu berakhir dan dimana ianya bermula.

Disebabkan keluasan angkasa kita ini, ada yang percaya keberangkalian Multiverse wujud adalah tidak mustahil.

Multiverse ini mungkin berada jauh dari kita? Mungkin dekat dengan kita? Namun apa yang pasti teknologi angkasa kita sekarang ini masih belum lagi dapat mengesahkan kewujudan Multiverse. Kalau Multiverse wujud, mungkin diluarsana ada bumi yang kedua? ketiga? ataupun keempat?

Bumi yang lain?


Seperti yang saya katakan tadi, di Multiverse ini mempunyai sistem Universe yang sama dengan sistem Universe tempat kita berada sekarang ini termasuklah matahari, bulan serta planet-planet yang lain. Dalam erti kata yang lain kewujudan Multiverse ini adalah kembar kepada Multiverse tempat kita berada.

Malah teori Multiverse ini juga mengatakan yang Universe yang sama seperti kita bukan sahaja satu tetapi dua ataupun tiga ataupun ia boleh berulang berkali-kali menjadikan jumlah Universe yang sama sebagai INFINITI!

Dengan bumi yang berjumlah infiniti, bermaksud diri kita sendiri juga mungkin wujud dibumi tersebut?

Realiti yang berbeza


Kalau teori Multiverse ini adalah benar maka bumi akan jadi lebih dari satu! Secara langsung diri kita sendiri dan juga orang yang kita kenal pun wujud dibumi yang lain!

Namun begitu teori ini mengatakan yang diri kita dibumi yang lain adalah tidak 100% sama. Contoh saya sendiri, kalau saya sekarang ini adalah seorang lelaki dibumi ini, dibumi yang lain mungkin saya seorang wanita, begitu juga dengan anda.

Contoh menarik yang lain lagi ialah kalau seseorang itu miskin dibumi ini, dibumi yang lain mungkin dia akan kaya raya dan sebaliknya. Namun begitu ada juga bumi yang wujud dimana diri anda adalah 100% sama dengan anda sekarang!

Jangan keliru dengan penjelajahan masa, menurut teori ini, masa dibumi Multiverse adalah sama dengan masa dibumi dimana kita berada sekarang. Ia tidak berada dimasa depan ataupun masa lalu.

Bukti kewujudan Multiverse


Sehingga ke hari ini tiada bukti yang sahih mengatakan yang Multiverse ini wujud. Namun begitu penyelidikan tentang perkara ini masih lagi dijalankan. Penyelidikan yang melibatkan Quantum Mechanics, Radiasi Cosmic dan juga Particle Atomic.

Teori yang ada belum lagi dibuktikan samaada ianya betul ataupun tidak. Namun begitu ini tidak menafikan yang teori Multiverse adalah satu topik yang sangat menarik untuk dibincangkan. Untuk info, kertas kerja terakhir tokoh fizik dunia Stephen Hawking adalah berkenaan dengan Multiverse. Kertas kerja yang dihantar beberapa hari sebelum dia meninggal dunia, dia cuba membuktikan kesahihan teori Multiverse.

Mungkinkah anda tahu tentang teori ini? PELIK bukan kalau ada kembar kita yang sedang berada di Multiverse yang lain?

Untuk info teori ini hanyalah semata-mata teori yang dibuat ahli Illuminati ataupun Ateist. Kita sebagai orang islam wajib percaya kepada Al-Quran. Al-Quran tak pernah mention tentang perkara ini. Teori perlu dibuktikan dengan fakta hokeys! Macam teori ini (baca boleh, percaya jangan!)

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments