Baka Kucing Paling Mahal Didunia


Kucing merupakan haiwan kesayangan manusia sejak zaman berzaman lagi. Diriwayatkan baginda nabi Muhammad S.A.W juga ada membela kucing dan baginda nabi begitu sayangkan kucingnya.

Untuk info kucing baginda nabi S.A.W bernama Mueeza. Mueeza ini mempunyai satu sifat iaitu apabila mendengar suara azan, Mueeza akan mengiau seakan-akan mengikuti suara azan. Baginda nabi berpesan kepada sahabatnya supaya menyayangi kucing peliharaan seperti mana menyayangi keluarga mereka sendiri.

Hari ini kucing semakin diminati. Kebanyakan peminat kucing kini tidak kisah untuk berbelanja besar semata-mata kerana KUCING! Bahkan ada yang sanggup mengeluarkan modal yang cukup besar bagi mendapatkan kucing baka asli (pedigree) yang mana untuk makluman anda begitu mahal harganya!

Untuk entri kali ini, saya akan kongsikan kepada anda 5 jenis baka kucing paling mahal didunia! Jangan terkejut KUCING pulak yer! hihihiks

5. Kucing Baka Peterbald (RM3700-RM18,000)


Kucing baka Peterbald ini kalau sekali tengok dah macam alien! Lihat telinganya yang capang! comel kan! Akan tetapi tahukah anda yang kucing baka ini memerlukan penjagaan yang sangat rapi. Ini disebabkan badan kucing ini tidak berbulu seperti kucing biasa yang lain.

Dahlah kena jaga dengan rapi, harga pulak mahal! (orang ada-ada boleh ler try bela )

4. Kucing Parsi/Persian (RM3700-RM22,500)


Kucing Parsi adalah antara kucing yang paling 'FEMES' didunia, malah diMalaysia kucing ini sangat digilai bagi peminat kucing disebabkan ia mempunyai bulu yang panjang dan gebu gebas (flawless gitu!)

Penjagaan kucing jenis ini tidaklah mudah seperti yang anda sangka kerana jikalau anda ni jenis seorang yang pemalas, seeloknya tidak bela kucing jenis ini kerana kucing ini perlu sentiasa didandan (grooming) dengan menyikat bulunya, jika tidak bulunya pasti akan bergumpal!

3. Kucing Bengal (RM3700-RM37,000)


Bengal merupakan sejenis kucing unik dan cantik. Sekali pandang pasti akan kelihatan seperti harimau bintang! tapi bila datang dekat, ya ALLAH!! ianya tersangatlah manja! seriously!!

Tapi perlu diingat, kucing jenis ini tersangat aktif, hati-hati kepada anda yang mungkin pasang niat nak bela kerana anda perlu bersedia untuk menghadapi 'KEMUSNAHAN NYATA' perkakasan rumah bilamana anda pelihara kucing jenis ini. (hhihihi)

Untuk penjagaan kucing bengal ini bagi saya ianya mudah disebabkan berbulu pendek, akan tetapi dietnya juga perlulah dijaga dengan baik supaya ianya tidak mudah jatuh sakit.

Untuk makluman harga bengal ini bergantung kepada corak dibadannya. Ianya mempunyai 3 jenis corak iaitu marble, spotted dan rosetted dan yang paling mahal adalah jenis rosetted!

2. Kucing Savannah (RM56,000-RM75,000)


Kucing jenis savannah ini sepatutnya dilihat dari tirai besi, bukan berdepan..

Kenapa saya katakan begitu? 

Disebabkan rupanya yang menggerunkan dah macam harimau liar (macam hyena pun ada) seolah-olah ia mampu untuk membaham manusia sesuka hatinya! (hihiiks)

Haa akan tetapi kucing ini sebenarnya dah di'domesticated'kan dan jinak. Walaupun begitu perlulah berhati-hati sebab berkemungkinan sifat liarnya masih ada. (jinak² juge kan.. sendiri mau ingatlah!)

Jika anda berminat untuk membela kucing jenis ini disarankan anda untuk bermain dengannya bagi menjaga kesihatan kucing ini. Kalau anda jenis yang super busy, batalkan je la hasrat tu yer!

1. Kucing Ashera (RM64,000-RM426,000)


HUMMM nak pengsan rasanya kalau tengok harga tu kan!! boleh beli rumah sebiji babe! CASHH!

Ashera, amboi² bukan main lagi ayu namanya (macam perempuan.. haha). Kucing ini merupakan gabungan kucing jenis Asian Leopard (ALC), kucing Serval Afrika dan kucing Domestic.

Kucing jenis ini sifatnya adalah ganas, memiliki saiz badan yang besar (boleh cecah 4 kaki panjang hokey!) dan tersangat aktif! Dikatakan juga bahwa ia juga sangat bijak dan juga manja, namun kesahihannya dipertikai..

Kalau anda ada niat nak bela, saya sarankan jagalah elok², pastikan tidak terlepas!! kalau terlepas hummm menangis tak berlagu la jawabnya! masakan tidak! lihat sajalah harganya!! hehehe

Kesimpulannya.., walaupun terdapat banyak jenis kucing dipasaran, saya sarankan janganlah bela kucing semata-mata disebabkan ia cantik / mahal. Bela kucing ni memerlukan satu komitmen yang tinggi dan jitu. Mereka adalah makhluk bernyawa, bukannya barang mainan!

Andai kata sebelum ini anda tidak pernah memiliki seekor kucing pun dan sekarang anda teringin sangat nak bela, SARANAN SAYA, adoptlah kucing terbiar yang terdapat banyak dijalanan, lihat sekeliling ditempat anda tinggal, pasti ada kucing terbiar! 


Adoptlah mereka.., mereka tersangat memerlukan kasih sayang anda. Insyallah semoga rezeki anda dimurahkan olehNya, AMIN!

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments