Barangan Berharga Yang Dijumpai Ditempat Yang Anda Tak Sangka


Bayangkan anda terjumpa barang berharga dikawasan yang anda tidak sangka, dalam tong sampah ataupun ditanah kawasan sekeliling rumah anda, secara langsung menjadikan anda jutawan dalam sekelip mata sahaja!

Itulah yang terjadi kepada orang-orang didalam senarai yang kami akan kongsikan ini. Mereka menjumpai barang-barang berharga, ada yang menyimpan barang ini untuk diri mereka sendiri dan ada yang mengembalikan kepada pemilik asal.

5. Tukang Cuci menjumpai jongkong emas didalam tong sampah


Pada bulan April 2018, seorang tukang cuci bekerja di lapangan terbang Korea Selatan telah menemui jongkong emas yang bernilai USD$64,807, dibungkus didalam bungkusan surat khabar didalam tong sampah.

Walaubagaimanapun tukang cuci yang tidak mahu dikenali itu menyerahkan jongkong emas tersebut kepada pihak berkuasa Korea kerana menganggap yang emas tersebut mempunyai kaitan dengan jenayah.

Apa yang menarik, di Korea Selatan mereka mengamalkan undang-undang "kalau anda menjumpai barang berharga yang tidak mempunyai pemilik, maka barang itu adalah milik anda dan kalau barang tersebut tidak dituntut oleh sesiapa selepas 6 bulan maka barang tersebut akan diberikan kepada orang yang menjumpai barang itu dan jikalau ada pemilik barang yang datang menuntut, orang itu layak mendapat 5 hingga 20 peratus daripada nilai keseluruhan barang itu." (best bukan? :D)

4. Wang tunai USD$20,000 didalam buku


Pada tahun 2012, seorang lelaki bernama Carlos mengunjungi perpustakaan di Marlborough, Massachusetts. Perpustakaan tersebut menganjurkan 1 acara dimana para pengunjung boleh menukar buku mereka dengan buku yang lain.

Apabila kembali ke kenderaan, Carlos perasan ada sesuatu yang pelik disalah sebuah buku tebal yang baru sahaja ditukarnya. Apabila memeriksa buku tersebut, dia mendapati terdapat lubang berbentu segiempat didalam buku dan didalam lubang itu tersimpan USD$20,000.

Carlos kemudian menghubungi pemilik asal melalui berita dikaca TV. Dia akan mengembalikan wang tersebut kepada pemilik asal dengan syarat mereka memberikan dia tajuk buku, dimana wang tersebut disimpan, jumlah wang didalam buku dan juga barangan lain yang diletakkan didalam buku tersebut.

Namun begitu sehingga kehari ini, tiada berita terkini melaporkan status wang itu.

3. Tuah seorang nelayan


Kalau tadi kita lihat tuah seorang tukang cuci, kali ini kita akan melihat kisah tuah seorang nelayan.

Di satu senja, bila seorang nelayan yang tinggal di Pulau Palawan, Filipina melabuhkan sauh kapalnya, dia dapat merasakan yang sauh tersebut tersepit kepada sesuatu seperti batu yang besar.

Dia kemudian terjun kedalam lautan cuba untuk memeriksa, dan dia mendapati sauh kapalnya tersepit disebuah kerang yang sangat besar. Apabila dia cuba membuka mulut kerang tersebut, dia menemui sebuah mutiara sangat besar!

Mutiara tersebut mempunyai berat sebanyak 34 kilogram! Menyangka yang mutiara itu tidak bernilai kerana terlalu besar dan tidak boleh dibuat rantai, dia menyimpan mutiara itu dibawah katil sebagai kenang-kenangan.

Elliot Cynthia Magiel Amaro, Ibu saudara kepada lelaki tersebut yang bekerja sebagai pemandu pelancong, lelaki tersebut kemudian memerikan mutiara itu kepada Cynthia dengan harapan ianya dapat menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke daerah mereka.

Bila mutiara itu dipaparkan kepada umum, mereka mendapati yang harga untuk mutiara sebesar itu boleh mencecah sehingga USD$100 juta!

2. Harta karun dikawasan rumah


Ini adalah kisah keluarga Elliot yang menjumpai harta karun yang ditanam dikawasan tanah yang baru sahaja mereka miliki di Somerset County, England. Setelah bertahun menyewa kawasan tanah tersebut akhirnya mereka berjaya untuk membeli tanah itu pada tahun 1998.

Setelah memiliki tanah itu, mereka mengeluarkan alat pengesan besi dan mengesan seluruh kawasan rumah jikalau ada benda yang tertanam didalam tanah.

Apa yang mengejutkan seluruh ahli keluarganya ialah apabila mereka menemui 9213 keping duit syiling perak zaman purba, Roman. Keluarga itu kemudiannya menjual kesemua duit syiling itu kepada muzium County. Nilai kesemuanya dianggarkan berjumlah sebanyak USD$3.5 juta!

1. Duit pusaka untuk anak


Ini adalah sebuah kisah seorang pekerja dipusat kitar semula menemui wang kertas U.S dollar didalam sebuah tin. Apabila diperiksa, wang kertas tersebut adalah jenis wang kertas lama USD$50 yang kini mempunyai nilai antik sebanyak USD$500 sekeping! Dan jumlah wang didalam tin tersebut adalah sebanyak USD$22,000!

Apabila menemui wang tersebut, Mike tidak mengambil wang itu untuk dirinya sendiri, malah dia dan isterinya nekad untuk mencari pemilik asal wang itu.

Mereka mendapati yang itu adalah wang  daripada seorang wanita yang bernama Martha Dobins, untuk diberikan kepada Robert Roberts. Apabila Mike menemui Robert Roberts yang berumur 89 tahun, dia mengembalikan wang tersebut kepada Roberts.

Martha Dobins adalah ibu kepada Roberts yang telah lama meninggal dunia. Martha menyimpan wang itu untuk diberikan kepada Mike sebagai tanda terima kasih kerana menjaganya semasa dia tua.

P/S; cuba check disekeliling anda, mungkin ada barangan berharga yang mungkin anda sendiri tidak perasan. mana tahu kot ada rezeki terpijak.. hihii

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments