Bertudung Bukan Penghalang Untuk Meraih Tempat Ke-5 Miss Universe New Zealand

© Instagram @nurulzbshamsul Peserta dari Malaysia, Nurul Zuriantie Shamsul. 

Satu-satunya peserta Miss Universe New Zealand yang bertudung, Nurul Zuriantie Shamsul yang berjaya meraih tempat ke-5 didalam pertandingan yang berlangsung pada malam sabtu yang lalu.

Nurul yang tampak anggun apabila mengenakan busana berona emas dengan warna hijab yang sedondong yang merupakan antara 20 finalis yang telah berjaya mara ke peringkat akhir di acara pertandingan ratu cantik itu.

Nurul yang juga merupakan pelajar akhir jurusan Psikologi di University of Waikato, Hamilton, New Zealand ini adalah anak kelahiran Ampang, Selangor yang telah berpindah ke New Zealand seawal usia 5 tahun.

© Instagram @nurulzbshamsul Anggun berbusana rona emas.

“Alhamdulillah untuk tempat kelima ini. Saya berterima kasih kepada semua yang menyokong saya. Ia tidak berlaku tanpa kasih sayang dan sokongan anda. Ia begitu bermakna untuk saya.

Nurul merupakan satu-satunya peserta Asia, beragama Islam dan bertudung. Dia juga mencatat sejarah sebagai peserta bertudung pertama berjaya mara ke pentas akhir pertandingan ratu cantik itu di New Zealand.

Sementara itu, peserta berusia 27 tahun, Estelle Curd dimahkotakan sebagai pemenang Miss Universe New Zealand 2018, sekali gus mewakili negara itu bagi pertandingan Miss Universe ke-67 yang bakal berlangsung di Bangkok, akhir tahun ini.

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments