Elakkan Diri Daripada Terjebak Dalam Skim Ponzi


Banyak sangat dah kita dengar al-kisah orang yang ditipu scammer sampai ribuan ringgit ni kan. Selalunya yang kena tipu ni majoritinya orang kita "melayu".

Otak licik si scammer ni takkan terhenti pada satu jenis skim sahaja. Mereka ni ada pelbagai jenis modus operandi seperti skim MLM, skim pelaburan emas, skim ponzi, skim pergi haji, skim pelaburan forex dan bermacam jenis lagi.

Yang selalunya jadi mangsa si scammer ni adalah mereka yang terdesak nak pakai duit yang banyak, wanita dan tidak ketinggalan warga tua.

Cara bagaimana nak elak dari ditipu scammer? MUDAH! Saranan saya, jangan mudah percaya dengan orang yang datang kepada anda yang mengatakan "join skim ni kalau nak cepat kaya", "kalau join ni pulangannya nanti besar" dan yang paling penting adalah DIRI ANDA SENDIRI! Jangan fikir nak cepat kaya sangatlah! Kelak diri anda sendiri yang binasa.

Selain itu boleh juga gunakan panduan yang saya nak kongsikan ni sebagai panduan untuk elakkan diri daripada ditipu scammer celaka.


1. Nama si penipu

Nickname atau nama panggilan si penipu selalunya berubah-ubah. Kalau dulunya masa tawarkan "skim A" dia digelar Datuk Mamat (bukan nama sebenar), lepas dah kantoi, dia larikan diri dan kemudian muncul semula dengan "skim B" dengan nama yang baru sebagai Datuk Harun. (bukan nama sebenar)

Biasanya muka masih lagi sama! Setakat ni tak ada lagi yang pergi buat plastic surgery untuk elakkan diri dari dikenali.. tapi tak tahulah bagaimana diorang ni rilek je malam² masih boleh tidur lena lepas dah tipu duit yang banyak ek? takde rase berdosa ke?

Kebiasaannya si scammer ni akan guna nama samaran sebagai langkah berjaga-jaga sebab tak mahu identiti terdedah. Jadi sebelum anda terjebak memberi duit anda kepada sesiapa hatta jiran sebelah rumah sekalipun, pastikan anda benar² mengenalinya. Pastikan anda tahu nama sebenar dia, nombo IC, alamat tempat tinggal dan sebagainya.

2. Buat sedikit research

Sebelum menyerahkan wang anda bulat² kepada si scammner, pastikan anda buat sedikit research tentang skim yang ditawarkan oleh si scammer terbabit. Search nama tauke atau nama orang yang berkenaan.

Dan kalau si scammer tu ada bagi kad perniagaannya pada anda, sila call nombor yang ada di kad tersebut. Pastikan anda kumpul segala maklumat syarikat seperti nombor pendaftaran syarikat, no akaun bank, alamat berdaftar dan bermacam lagi.

Jangan mudah dibuai dengan kata-kata si scammer. Jangan terpedaya dengan skim seangkatan dengannya semata-mata testimoni daripada rakan anda. Mentang-mentang rakan anda kata "Datuk Harun" tu boleh dipercayai terus anda pun terbuai dengan kata-katanya. Sekiranya anda dah buat sedikit research sebelumnya, pasti anda akan nampak feedback daripada orang lain tentang skim yang bakal anda join tu ataupun maklumat tentang si scammer terbabit.


3. Menjanjikan bulan dan bintang

Kebanyakkan si scammer ni bermulut manis! Mereka ni akan menjanjikan segala jenis planet yang ada kepada anda sehinggakan anda cair dengan kata-katanya.

Kalau skim yang si scammer ni tawarkan menjanjikan pulangan yang lumayan (berlipat kali ganda) dalam masa yang singkat, maka anda (saya percaya anda seorang yang bijak) tak payah percaya lah dengan si scammer tersebut!

Sekiranya kalau betullah ada skim yang macam tu, dah tentu SEMUA RAKYAT MALAYSIA ni dah jadi billionare akak² abang² oi!


4. Ketahui hak anda

Tahukah anda menerima atau mengambil sebarang deposit dalam bentuk wang, batu permata, emas atau apa sahaja daripada orang awam secara tidak sah adalah salah dibawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA)?

Maksudnya disini, jika ada sesiapa yang mengambil duit anda, maka mereka perlulah mempunyai lesen terlebih dahulu.

Cuba tanya si pengendali skim terbabit, mereka ada lesen atau tidak? Jika mereka kata "buat masa ni kita masih lagi dalam proses nak dapatkan approval dari Bank Negara" ataupun dia kaitkan Bank Negara dalam penjelasannya maka tak perlulah anda percaya dengan skim terbabit.

Ada waktunya si scammer ni mungkin akan kata dia kenal pegawai bank berpangkat tinggi, bla bla bla kononnya untuk menguatkan hujah tetapi semua tu dusta belaka. Cakap kat si scammer tu nak membongak pun agak² la.. takkan Pegawai Bank Negara yang berintegriti tinggi nak bagi muka kat scammer lahanat camtu? fikir-fikirkan..


5. Hubungi Bank Negara untuk pengesahan

Selain itu anda juga boleh melayari laman web Bank Negara Malaysia (klik sini) atau anda boleh download (klik sini) untuk mendapatkan senarai syarikat atau sindiket lahanat yang terkini yang disyaki terlibat dengan pengumpulan wang secara haram.

Kepada anda yang baru nak berjinak atau ada niat nak join mana skim² lahanat ni, lupakan niat anda tu yer! Ingatlah orang yang tersayang, jangan musnahkan harapan mereka! Keluarga tentunya akan terkesan dengan apa yang bakal anda lakukan!

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments