Kerjaya Sebagai Pramugari Bukan Kerjaya Mudah


Kami pasti ramai diantara kita yang menganggap kerjaya sebagai pramugari ini mudah dan senang. Ketahuilah bahawa anggapan anda itu sebenarnya SALAH!

Didalam memberikan layanan yang terbaik kepada penumpang, mempunyai kepintaran yang tinggi serta boleh bekerja dalam pasukan adalah dua aspek penting yang diambil kira.

Persoalannya sekarang adalah adakah mereka sebaik sahaja lulus interview terus jadi pelayan atas kapal terbang? Jawapannya tentu sahaja TIDAK!

Mereka yang lulus interview perlu mengikuti beberapa latihan tertentu sebelum layak menjadi pelayan dalam kapal terbang.

BAGAIMANA PRAMUGARI DILATIH SEBELUM TERBANG?

Baca artikel ini sampai habis untuk mengetahui tentang bagaimana cara pramugari/pramugara dilatih sebelum dibenarkan terbang bersama kru didalam kapal terbang.

Menurut pihak Singapore Airlines (SIA), selepas kru baru dilantik, mereka seterusnya akan menjalani satu proses latihan yang ketat selama 15 minggu. Latihan yang diberikan adalah latihan asas untuk kemahiran peribadi, latihan untuk tugasan dalam kapal termasuklah juga latihan keselamatan.

Sebelum pelatih kru yang baru 'dilepaskan', mereka akan diberikan tugasan untuk memerhati dan belajar dari mentor mereka yang sedang menjalankan tugas didalam situasi yang sebenar.

Berikut adalah gambar dimana kru Singapore Airlines sedang menjalani latihan :


Kru yang baru akan diajar untuk sentiasa berketerampilan menarik sewaktu didalam tugas. Kekemasan rambut adalah sangat penting, sentiasa rapi mengikut kesesuaian wajah.


Pelatih juga diajar bagaimana cara untuk membawa 18 biji gelas yang berisi air dengan berat sehingga 5kg sambil mengekalkan senyuman manis. (hah kau ingat senang? tak caya try la)


Mereka juga diajar bagaimana cara dalam penyediaan makanan dan minuman. Latihan ini kebiasannya mengambil masa selama 2 atau 3 hari.


Selain itu pelatih juga diajar untuk menggunakan pemadam api dengan betul sekiranya berlaku kecemasan.


Pelatih juga diajar bagaimana cara untuk situasi menyelamat, seperti menyelamatkan patung bayi dan orang dewasa bagi memastikan keselamatan penumpang terjamin.


Berlatih menggunakan gelongsor pemindahan dari kabin kecemasan.


Setelah melompat setinggi 2 meter kedalam air, pelatih dikehendaki berenang sepanjang kolam tanpa bantuan.


Mereka juga akan melalui latihan lengkap beruniform kebaya sambil berenang untuk keselamatan.

Rujukan : Iluminasi

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments