Ketua Gangster Wanita Paling Digeruni Didunia


Tahukah anda ahli kumpulan gangster kebiasaannya diketuai oleh lelaki dan rata-rata ahli kumpulan gangster adalah lelaki.

Dan hari ini kita akan melihat Gangster wanita yang paling merbahaya didunia.

5. Sandra Avila Beltran - Mexico


Sandra Avila Beltran yang dilahirkan pada tahun 1960 ini mendapat gelaran 'Ratu Pasifik'. Sandra adalah seorang ketua gangster yang mengetuai sebuah kumpulan dari Mexico dan Colombia yang kerap melakukan aktiviti penyeludupan dadah.

Sandra adalah seorang yang bijak didalam menyembunyikan jenayah yang dilakukannya.

Apabila dibicarakan dimahkamah, dia sering mengaku yang dia adalah seorang surirumah sepenuhnya yang menjana pendapatan dengan menjual baju.

Namun pada hakikatnya, Sandra yang kini yang berumur 65 tahun adalah seorang wanita yang mengetuai kumpulan gangster kelas pertama.

4. Judy Moran - Australia


Judy Moran adalah wanita yang paling banyak menyaksikan ahli keluarganya meninggal dunia akibat terlibat didalam dunia gangster.

Wanita yang dilahirkan pada tahun 1944 ini mengetuai kumpulan gangster 'Moran Family' yang berpusat di Melbourne, Australia.

Suami Judy meninggal dunia pada tahun 1982 akibat dibunuh didalam satu insiden tembak menembak manakala anak lelakinya dibunuh pada tahun 2000.

Dia kemudiannya berkahwin semula dan mempunyai seorang anak. Nasib Judy bagaikan disumpah apabila seorang lagi anaknya ditembak pada tahun 2003.

Terselit didalam pertelingkahan keluarganya, Judy mengarahkan pembunuhan abang iparnya yang membuatkan dia dipenjarakan selama 21 tahun.

3. Claudia Ochoa Felix - Mexico


Claudia Ochoa Felix adalah ketua gangster yang paling muda didalam senarai kami ini. Dia naik menjadi ketua sebuah kumpulan penyeludupan dadah yang paling merbahaya di Mexico yang digelar 'Los √Āntrax'.

Apabila ketua kumpulan tersebut yang juga adalah teman lelakinya dipenjarakan kerana didapati bersalah membunuh 3 orang dengan menggantung mangsa dari sebuah jambatan.

Claudia digelar sebagai 'Kim Kardashian' didalam jenayah terancang kerana reputasinya sebagai seorang wanita yang cantik dan mempunyai bentuk badan yang seksi.

Selain sering memuatnaik gaya hidupnya yang mewah di Instagram, Claudia juga adalah seorang ibu kepada 3 orang anak.

Account Instagram Claudia kini telah disetkan kepada private dan banyak gambar miliknya telah dipadam. Claudia sering memuatnaik gambar wang dan senjata api di instagram miliknya.

Jemeker Thompson - Amerika Syarikat


Berbeza dengan kisah hidup ahli kumpulan gangster wanita yang lain, Jemeker menjadi ketua gangster bermula dari bawah.

Disebabkan kehidupan yang tersepit, dia dan suaminya terpaksa untuk menanggung kehidupan mereka dengan menjadi pengedar dadah.

Jemeker dan suaminya menjadi kumpulan yang sangat terkenal apabila mereka menjadi pengedar yang disegani dikawasan tempat tinggal mereka.

Namun begitu, suami Jemeker ditembak mati ketika sedang berada dikawasan rumah. Walaupun kecewa dengan kejadian itu, Jemeker masih lagi meneruskan aktiviti mengedar dadah dengan pengedar yang lain sehingga rakan kongsinya itu ditangkap dan siasatan mendapati Jemeker terlibat secara besar-besaran didalam aktiviti jenayah mengedar dadah.

Selepas itu Jemeker menghilang selama 5 tahun, sehingga disatu hari, ketika dia menghadiri majlis graduasi anaknya, dia telah ditangkap dimajlis tersebut.

Kini Jemeker telah insaf dan kerapkali berkongsi pengalamannya untuk dijadikan pengajaran.

1. Raffaella D'Alterio - Itali


Raffaella D'Alterio berasal dari Itali, dia digelar sebagai 'The Godmother' iaitu pangkat yang tertinggi diberikan didalam kumpulan organisai jenayah terancang di Itali.

Raffaella menjadi ketua gangster Itali, 'Camorra Mob' apabila ketua kumpulan yang juga suaminya meninggal dunia kerana dibunuh.

Wanita ini menarik perhatian banyak musuh sehinggakan dia pernah ditembak sebanyak 3 kali kerana kecemburuan gangster yang lain melihat dia naik dengan cepat didalam kumpulan.

Kumpulan gangster 'Camorra Mob' ini bertanggungjawab didalam lebih 4,000 pembunuhan sejak 30 tahun yang lalu.

Jenayah yang sering dilakukan adalah peras ugut, peminjaman wang haram, pencetakan wang palsu, pengedaran dadan serta aktiviti jenayah yang lain.

Kumpulan ini dikatakan mengaut keuntungan sebanyak 200 juta pada setiap tahun.

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments