Kisah Disebalik Kejayaan Syarikat Gergasi Dunia, Google


Ramai yang tahu tentang laman carian Google tetapi tahukah anda sejarah disebalik kejayaan Google?

Google merupakan syarikat awam Amerika Syarikat. Syarikat yang bertapak di Mountain View, California ini mendapat keuntungan dari iklan yang dipaparkan dilaman web google.com serta rangkaian produk mereka yang lain seperti gmail, youtube, googlemaps, googledrive, android dan bermacam-macam lagi. (banyak gile kan!)

Google pada asalnya adalah satu projek penyelidikan yang dilakukan pada Januari 1996 oleh Larry Page dan Sergey Brin semasa mereka sedang mengambil jurusan kedoktoran di University Stanford, California.

Semasa dilancarkan, laman carian internet ini diberi nama Backrub! dan ditukar kepada Google pada tahun 1997.


Semasa penubuhan awal Google, Larry dan Sergey menjadikan garaj sebagai sebuah ofis dan pekerja pertama Google adalah Craig Silverstein.


Semasa Google belum lagi mencipta nama sebagai sebuah syarikat yang berharga puluhan bilion ringgit, pada tahun 1999, Larry dan Sergey pernah mencuba untuk menjual Google kepada CEO syarikat Excite, George Bell pada harga 1 juta USD sahaja!

Namun George menolak tawaran tersebut kerana berpendapat yang teknologi digunakan oleh Google ketika itu adalah sama seperti teknologi yang dimiliki oleh mereka. (1 kerugian yang teramat besar)

Bukan itu sahaja, syarikat teknologi Yahoo! juga melepaskan peluang yang sama apabila mereka menolak tawaran Larry dan Sergey untuk membeli Google pada tahun 1999 dengan 1 juta USD dan 5 billion USD pada tahun 2002.


Ada yang berpendapat bahawa keputusan Excite dan Yahoo! menolak tawaran itu adalah antara keputusan yang paling teruk yang pernah dilakukan kerana Google sekarang adalah antara syarikat yang paling besar didalam dunia!

Sejak 10 tahun yang lalu, Google telah berada ditangga yang pertama syarikat paling terbaik didunia!

Googleplex di California juga menjadi antara pejabat paling terbaik untuk bekerja. Mereka menyediakan pelbagai kemudahan untuk para pekerja, yang membuatkan ramai yang berebut-rebut untuk bekerja di Google. (wow seronokkan kalau dapat kerja di google ^^)


Sehingga hari ini, Google menjadi antara jenama yang paling dikenali diseluruh dunia dan dijangkakan akan menjadi lebih besar lagi dimasa mendatang.

Mereka banyak memperkenalkan teknologi baru, antara teknologi yang menjadi bualan hangat sekarang adalah telefon bimbit yang dibuat sepenuhnya oleh google yang digelar Google Pixel.

Dan untuk info, akan lebih banyak teknologi yang bakal menyusul pada masa hadapan daripada syarikat teknologi gergasi dunia ini.

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments