Kisah Disebalik Momo Challenge! Benar atau Tidak?


Apakah itu Momo Challenge?

Momo Challenge adalah satu challenge terbaru ataupun trend terbaru yang viral/tular sekarang dilaman sosial. Momo adalah seorang gadis yang kononnya berasal daripada Jepun. Dia mempunyai mata yang terbeliak dan raut wajah termasuk senyuman yang menakutkan dan menyeramkan.

Momo dikatakan mempunyai nombor Whatsapp tersendiri dan nombor itu boleh dihubungi pada pukul 3 pagi. Sesiapa yang menghubungi nombor tersebut akan mendapat balasan daripada Momo.

Momo akan memberikan mesej, gambar dan video yang menakutkan dan dia juga akan mengarahkan kepada sesiapa yang menghubunginya untuk melaksanakan Momo Challenge. Sesiapa yang pernah melakukan Momo Challenge akan memuatnaik perbualan tersebut dimedia sosial.

Tetapi tahukah anda ada satu kisah yang menakutkan, menyeramkan, sadis dan tragis berkaitan Momo Challenge ini? 



Kisah itu berlaku di Argentina, bila seorang kanak-kanak 12 tahun ditemui meninggal dunia diperkarangan rumahnya di Buenos aires, Argentina.

Dan apa yang menakutkan, bila pihak polis memeriksa telefon bimbit  kanak-kanak tersebut, mereka mendapati terdapat perbualan Whatsapp diantara kanak-kanak tersebut dengan nombor yang diberi nama MOMO.

Dan apa yang menakutkan, nombor tersebut mengarahkan kanak-kanak itu melakukan pelbagai perkara yang pelik termasuk untuk membunuh diri semata-mata untuk melaksanakan MOMO CHALLENGE!!

Itu adalah secara ringkas antara kisah hitam Momo Challenge ini. Banyak nombor Momo Challenge yang saya jumpa di internet. Ada yang dari Malaysia, Indonesia, Amerika, Jepun mahupun Argentina.

Saya sarankan kepada anda agar tidak melakukan Momo Challenge ini. KENAPA? 


Bukan sahaja kisah yang saya kongsikan diatas, yang melibatkan kanak-kanak membunuh diri. Kita tidak tahu nombor tersebut dari mana. Orang yang memegang nombor ini mungkin juga boleh datang dari pembunuh, perompak ataupun orang-orang yang sadis dimana mereka yang mencari hiburan untuk melihat orang lain tersiksa.

Mereka ini boleh mendapatkan data peribadi anda, mereka boleh menggunakan data tersebut untuk menganiaya anda dan kepada sesiapa yang mudah tertipu, mereka akan mengikut sahaja apa yang diarahkan oleh MOMO!

Ramai yang obses dengan Momo Challenge ini dan memuatnaik dimedia sosial untuk mendapatkan like dan share. Tetapi sebenarnya anda membahayakan diri anda sendiri!!! (mesti anda takut kan?)

UPDATE : Kisah sebenar Momo Challenge!


Kisah sebenar tentang Momo Challenge adalah cuma rekaan semata-mata. (HAHAHA DEMM!!)


Gambar yang dikatakan MOMO hakikatnya bukanlah seorang wanita 'betul' tetapi ia cumalah sebuah patung rekaan daripada seorang pereka Jepun.

Pereka Jepun yang bernama Midori Hayashi dari syarikat 'Link Factory'.

Patung ini pada asalnya digunakan untuk special efek dan paparan sahaja di 'Tokyo Horror Art Vanilla Gallery'.

Pada saya, walaupun Momo Challenge ini tidak benar akan tetapi ianya tetap menakutkan kan? Dan kes kanak-kanak bunuh diri seperti yang diceritakan diatas (saya petik dari AWANI) kalaulah benar ianya berlaku disebabkan Momo Challenge ini, kerajaan patut pantau Momo Challenge ini sebelum terjadinya perkara yang tak diingini. Apa kata anda? Tinggalkan komen anda dibawah.......

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments