Pemimpin Wanita Paling Kejam Dalam Sejarah Dunia

5-pemimpin-wanita-paling-kejam
Gambar sekadar hiasan

Tahukah anda didalam sejarah dunia, banyak pemimpin-pemimpin wanita yang telah memimpin rakyat mereka dengan jayanya. Ada yang telah menjadi ikonik dan menjadi contoh sehingga ke hari ini tetapi ada juga pemimpin-pemimpin wanita yang gagal untuk memimpin rakyat mereka.

Dengan menculik anak gadis disekitar kota, menyiksa dan meminum darah mereka kononnya untuk mengekalkan kejelitaannya sendiri sehinggalah permaisuri gila yang menjual rakyatnya sendiri untuk dijadikan hamba abdi.

Dan berikut adalah 5 pemimpin wanita yang paling kejam didunia.

5. Countess Elizabeth Bathory, Hungary

countess-elizabeth-bathory

Elizabeth Bathory dilahirkan di Transylvania pada abad ke 16 dahulu. Elizabeth yang datang daripada sebuah keluarga berada ini mengahwini seorang ketua kawasan tersebut, Ferenc Nádasdy.

Apa yang menakutkan suami kepada Elizabeth membina sebuah bilik penyiksaan untuk Elizabeth menyiksa perempuan-perempuan muda yang berada disekeliling kota.

Ini disebabkan Elizabeth percaya jika dia meminum dan memakan daging wanita-wanita muda dia boleh mengekalkan kejelitaannya. Kononnya dia akan mengambil kejelitaan wanita-wanita tersebut. Sehinggakan 650 wanita muda disiksa dan dibunuh oleh Elizabeth. Elizabeth kemudian akan mandi dengan darah-darah dari wanita yang dibunuhnya itu.

Tidak cukup dengan wanita-wanita disekeliling kota, Elizabeth mula menculik dan menyiksa wanita-wanita daripada keluarga berada yang lain.

Elizabeth kemudian dipenjarakan disebuah istana dimana dia ditemui meninggal dunia pada tahun 1614.

4. Permaisuri Ranavalona 1, Madagascar

permaisuri-ranavalona-1

Ini adalah seorang permaisuri yang memerintah Madagascar selama 33 tahun. Semasa pemerintahannya sahaja, dia telah membunuh rakyatnya sendiri, populasi pada asalnya ialah 5juta orang turun kepada 2.5juta orang.

Kisahnya bermula apabila raja Madagascar meninggal dunia pada tahun 1828, Ranavalona sendiri yang mengisytiharkan dia pemerintah Madagascar menggantikan suaminya.

Mengatakan yang tuhan mahu dia menjadi pemerintah dan membunuh musuh-musuh yang berada disekitar Madagascar.

Kekejamam Ranavalona tidak berhenti disitu, dia juga menjual rakyatnya sendiri untuk dijadikan hamba abdi. Memenggal dan menyiksa pedagang British dan Perancis yang datang ke Madagascar.

Apa yang paling kejam dia akan merebus hidup-hidup rakyatnya yang mengamalkan agama kristian.

3. Permaisuri Wu Zetian, China

permaisuri-wu-zetian

Menjadi permaisuri pada tahun 690 sehingga tahun 705, pada asalnya Wu Zetian dilahirkan dari kalangan rakyat biasa. Ayahnya adalah seorang general yang berpangkat rendah didalam tentera China.

Wu Zetian yang membesar sering berkungjung ke istana sejak dia masih kecil lagi. Apa yang zalim, untuk menjadi raja China pada waktu itu, dia telah membunuh adik perempuannya, abang sulungnya, suaminya sendiri iaitu maharaja Gaozong dan juga anaknya sendiri.

Wu juga membunuh dan menyiksa sesiapa sahaja yang menggugat kuasanya sebagai maharaja termasuk anak dan cucunya sendiri.

Wu Zetian yang menjadi maharaja wanita pertama dan terakhir ini telah dibunuh oleh anaknya semasa dia berumur 80 tahun.

2. Permaisuri Rani Lakshmi Bai, India

permaisuri-rani-lakshmi-bai

Seorang individu yang terkenal sebagai pahlawan India yang menentang tentera British pada tahun 1857.

Dia dilahirkan sebagai seorang kerabat diraja, mengamalkan seni mempertahankan diri sejak dari kecil lagi. Berkahwin pada usia yang muda, suaminya iaitu Raja Gangadhar Rao meninggal dunia setahun setengah selepas mereka berkahwin dengan itu permaisuri Rani dipaksa untuk membubarkan organisasi diraja mereka dan menyerahkan tampuk pemerintahan kepada pihak British.

Rani yang pada waktu itu berumur 26 tahun enggan untuk akur dengan permintaan pihak British melancarkan peperangan. Dia yang mengetuai pasukan pemberontak diraja, Rani membunuh askar British termasuk ahli keluarga mereka.

Menurut laporan komando tentera British Heroes, menggambarkan Rani sebagai seorang yang cantik dan bijak tetapi menggerunkan dimedan peperangan. Tentera Rani kalah didalam peperangan tersebut dan telah meninggal dunia pada umur 26 tahun.

1. Jiang Qing, China

jiang-qing

Bukan seorang yang mempunyai keturunan diraja tetapi Jiang Qing adalah bini ke-4 presiden parti komunis China, Pengerusi Mao pada tahun 1938.

Diberikan kuasa didalam pemerintahan kerajaan komunis China, Jiang Qing memainkan peranan didalam pemansuhan dan pembubaran keluarga dan budaya China.

Sebelum mengahwini Mao, Jiang adalah seorang pelakon, dengan beberapa perkahwinan yang gagal. Dengan itu dia menggunakan kuasanya untuk menghapuskan sejarah masa lalunya supaya dia kekal berkuasa.

Bukan sekadar memegang jawatan yang biasa didalam kerajaan, Jiang adalah ahli kumpulan 'Gang of Four' (sebuah kumpulan yang mempunyai jawatan tertinggi didalam parti komunis China pada waktu itu).

Semasa pemerintahan mereka pada tahun 1966 sehingga tahun 1969 sahaja, lebih 500,000 rakyat China telah dibunuh dan banyak sejarah China telah dihapuskan.

Diantara pemimpin-pemimpin wanita didalam senarai ini, mana satu yang anda rasa paling kejam?

Tinggalkan pendapat anda diruangan komen dibawah. Jumpa lagi!~

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments