Penampakan Hantu Di Kedai Makan Bikin Kecoh


Media sosial hari ini kecoh gara-gara satu klip rakaman yang memaparkan kelibat hantu yang terakam ketika sebuah keluarga sedang makan di Megamendung, Puncak, Bogor, Indonesia.

Klip asal yang dikongsikan oleh Anggih Drift Vfighter itu menunjukkan satu kelibat wanita berambut panjang yang memakai pakaian putih sedang duduk dimeja makan dikedai yang turut menjual jagung bakar.

Rakaman video itu sehingga hari ini telah ditonton sebanyak 335,000 kali dan dikongsi sebanyak 6,500 kali!



Perakamnya berkata bahawa dia sebenarnya tidak perasan akan kelibat wanita berambut panjang berkenaan sehinggalah setelah pulang ke hotel barulah dia perasan.

Tambahnya lagi ketika dia membuat rakaman itu hanya terdapat seorang wanita sahaja yang berada dimeja makan itu. (yang tudung hitam tu)

Diruangan komen yang dipostnya di facebook, ramai pengguna laman sosial mengatakan yang video itu sebenarnya telah diedit namun pemiliknya menafikan.

nota kaki: hurmm mungkin hantu tu lapar barangkali? tu sebab singgah kejap kat kedai makan? hihihihi macam² hal!

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments