Penulis Karya Seram Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis Meninggal Dunia


Dukacita dimaklumkan bahawa penulis Karya Seram Tersohor Negara (penulis siri Bercakap dengan Jin), Tamar Jalis atau nama sebenarnya Mohamed Radzi Mahmud telah kembali ke rahmatullah pada jam 9.30 pagi tadi di Kota Damansara.

Solat jenazah Allahyarham Radzi dilakukan selepas waktu Zohor tadi di Surau Al-Falah, Seksyen 6 dan dikebumikan ditanah perkuburan Kota Damansara.

INFO RINGKAS TAMAR JALIS

Beliau ,Mohamed Radzi dilahirkan pada tanggal 13 September 1940 di Kampung Batu 36, Jalan Sitiawan, Beruas, Perak. Beliau bersekolah di Sekolah Teknik, Ipoh.

Minat Allahyarham yang mendalam dalam dunia penulisan telah bermula sejak diusia remaja lagi. Allahyarham pernah menyertai dan menang menerusi Peraduan Menulis Cerpen Berita Harian. Ketika itu beliau mendapat RM300 hasil cerpen tulisannya. Cerpen itu bertajuk 'Kalau dah gila nak berbini' , 'Ulam jering sambal tempoyak' dan 'Pencari rotan'.


Siri "Bercakap Dengan Jin" adalah antara karya hebat Allahyarham yang paling terkenal di Malaysia dan novel ini juga adalah yang terpanjang di Malaysia, Asia Tenggara dan antarabangsa! Allahyarham berjaya menyembunyikan identiti diri selama 30 tahun daripada pengetahuan umum.

Antara yang menarik dalam siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis telah memperkenalkan watak datuknya, Long Mat Piah yang berusia 50-an (umur sebenar) dan watak datuknya itu didalam siri berkenaan adalah belasan tahun.

Ahli keluarga dan sanak saudara di pengkebumian Tamar Jalis. Gambar ihsan dari cip lando.

Siri Bercakap Dengan Jin telah pun mencecah sebanyak 284 siri dan telah disiarkan didalam majalah Variasari terbitan Variapop Group selama 23 tahun 6 bulan yang bermula sejak April 1981 sehinggalah Januari 2005!

Semestinya ia dianggap sebagai satu rekod cemerlang dengan pencapaian luar biasa tentang alkisah yang ditulis secara bersiri didalam majalah di Malaysia.

Allahyarham Mohamed Radzi juga pernah berkhidmat sebagai penyunting di akhbar Harian Watan (1977-1979) seterusnya sebagai editor majalah Penerbitan Adabi seperti Widya, Aktual dan Rintis (1980).

nota: Semoga roh Allahyarham yang banyak jasanya dalam bidang penulisan negara terutamanya di negeri Perak ini dirahmatiNya. Dan segala ilmu yang dikaryakan diambil pedoman kerana tulisan beliau mempunyai mesej yang dalam terutama dalam sudut sejarah dan sosio budaya melayu.

Salam Takziah buat semua ahli keluarga Tamar Jalis.

Al Fatihah

Teks asal : Utusan

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments