Perbezaan Antara Beras Asli Dan Beras Plastik


Huh biar betul ada beras plastik? Bagaimana cara untuk membezakan antara beras asli dan beras plastik?

Berita berkenaan beras plastik ini bukanlah rekaan! Ianya adalah benar!

Kali pertama berita ini heboh diperkatakan adalah pada tahun 2015 yang mana The Korean Times Report telah melaporkan berita yang bertajuk 'Beras dari negara China sangat merbahaya dan diperbuat daripada plastik!'.

Untuk makluman, negara China hari ini adalah antara negara terbesar didunia yang menghasilkan produk beras dan ianya dijual diserata dunia!

Jika berita ini benar, sudah tentulah akan membuatkan masyarakat dunia menjadi takut untuk membeli beras hasil keluaran negara China ini kerana boleh memudaratkan kesihatan!


Didalam laporan itu juga ada memberitahu pengeluar beras dari China ini menghasilkan beras dengan bahan yang digunakan untuk membuat paip dan kabel seperti polyvinyl chloride, benzyl butyl phthalate (BBT) yang sudah terang lagi bersulu sangat bahaya untuk kesihatan!

Diakhir proses penghasilan beras itu, ianya akan diberi wap beraroma beras asli dengan tujuan bau beras asli meresap masuk kedalam beras plastik.

Namun begitu, tidaklah susah untuk mengenal beras plastik ni. Berikut adalah cara bagaimana nak membezakan atau mengenal pasti samaada ianya beras asli atau beras plastik.

1. Ujian menggunakan batu lesung

Ambil segenggam beras yang anda syak beras plastik dan ketuk sehingga beras itu hancur. Sekiranya beras tersebut jadi habuk atau serbuk kecil berwarna putih dan tidak melekat pada batu lesung tu, itu adalah tanda yang beras itu adalah beras asli. Sekiranya beras tersebut beras plastik, ianya pasti akan melekat pada batu lesung dan warnanya seakan kekuningan.

2. Ujian pembakaran

Bakar beras asli atau beras plastik, tentu anda akan tahu perbezaannya kerana apabila beras plastik dibakar pastinya akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.

3. Ujian rendaman air

Kalau masa nak basuh beras tu, pastikan beras berada dalam periuk nasi (pastikan ada air didalamnya). Kalau beras tu terapung, itu tanda beras tu adalah beras plastik! Beras asli kebiasaannya akan berada dibawah dasar periuk walaupun direndam dalam masa yang lama.

4. Ujian kulat dan tempoh basi

Masak beras sehingga jadi nasi kemudian masukkan nasi tu kedalam plastik dan pastikan di ikat ketat² supaya tidak ada udara yang boleh keluar masuk. Letakkan plastik tu kat tempat yang terdedah kepada cahaya matahari. Lepas tu anda akan dapat lihat, nasi yang dimasak menggunakan beras asli pasti akan berkulat dan melekit dan nasi yang dimasak menggunakan plastik tidak akan melekit dan berkulat.

Beras plastik di Malaysia


Tahun lepas ada juga terdengar berita yang kononnya beras plastik ni dah ada kat dalam pasaran Malaysia. Namun berita ini disangkal KKM (rujuk sini).

Hurmm baguslah kalau gitu kan.. diharapkan agar pihak berkuasa hari ini akan terus memantau tentang benda² macamni.. apa ke gile nak telan plastik!

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments