Rakyat Malaysia Suka Bersangka Buruk

Gambar sekadar hiasan

Percaya atau tidak yang masyarakat kita hari ini sebenarnya tenat disebabkan oleh sikap dan tindakan prejudis yang berleluasa? Dengan hanya melihat sesuatu perkara itu cuma dari permukaan sahaja, dah terus membuat kesimpulan.. tidak menggunakan akal yang waras tetapi lebih kepada amarah.

Lebih parah ditambah pula dengan trend menularkan sesuatu kisah ataupun video kejadian yang tidak diketahui akan kesahihan ceritanya.. membuatkan budaya berprasangka buruk ini menjadi lebih BURUK! Dan akhirnya daripada prasangka juga ianya boleh bertukar menjadi satu tragedi gara-gara ingin menegakkan keadilan dengan tangan sendiri!

Tetapi tahukah kita, buruk sangka dan suka mencari salah orang ini adalah satu perbuatan yang sangat dimurkai oleh Allah S.W.T?

Sifat buruk sangka ini boleh menjerumus kepada perpecahan ummah.

Kepada sesiapa yang mempunyai sifat buruk sangka dengan sesama Islam maka ia wajib bertaubat dan beristighfar kepada Allah S.W.T.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan berkenaan) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Apabila kita terbaca didada akhbar mahupun dimedia sosial, bilamana ada kes individu mencuri disebabkan tidak mampu belikan anak kecilnya susu - dipenjara, kita semua kata pihak berkuasa zalim.


Tetapi bila ada kes kecurian berlaku dikomuniti kita dan pelakunya tertangkap kita belasah sampai lunyai.. Apakah tindakan kita itu tidak zalim??

Pernah dulu ada satu kes, bilamana seorang pemandu van bergesel dengan kereta-kereta yang berhenti dihadapan sekolah untuk ambil anaknya balik dari sekolah.. kecoh jadinya..

Pemandu² kereta tu pun pergi tengok pemandu van tadi, dan didapati pemandu van tu 'lalok'. Mereka soal bertubi-tubi pemandu van tu tapi pemandu van tu 'merapu' dan sukar untuk difahami.

Nak dijadikan cerita, ada seorang daripada pemandu kereta mula mengasari pemandu van dan tak lama lepas tu jadilah sesi belasah membelasah kerana mereka ingat pemandu van tu 'stim dadah'.

Dan dalam pada mereka sibuk duk belasah tu, ada orang awam yang telefon polis, bila polis sampai mereka panggil ambulans sebab pemandu van tu dah lunyai!

Setelah ambulans sampai, dirawatnya pemandu van tu tadi dan didapati pemandu van tu bukanlah stim dadah seperti yang disangkakan tetapi dia mengalami 'Hypoglycaemia' (rendah paras gula dalam darah) atau bahasa mudahnya pemandu van tu seorang pesakit kencing manis!

Malangnya orang awam ingat dia lalok dadah.. Lunyai kena pukul kononnya membahayakan nyawa kanak-kanak sekolah padahal time tu budak sekolah pun belum keluar dari sekolah!

Setelah dihantar ke hospital untuk diberikan rawatan lanjut, pemandu van tu sempat meminta bantuan polis untuk mengambil anaknya yang mahu pulang dari sekolah.

Sampai disekolah, polis jumpa anak pemandu van tu menangis ditepi jalan sorang diri. Tunggu bapanya tak sampai-sampai, dia ingat bapa dia terlupa tetapi hakikatnya bapa dia dah sedaya upaya tak nak lambat ambil anaknya sehingga terlupa untuk makan.

Dah la begitu... dibelasah pulak oleh orang awam sampai lunyai!

Anda bayangkanlah sendiri.. Adilkah kita? Zalim tak kita?

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments