Rekaan Rumah Lama Yang Dimodenkan Kini Tular


Pernah tak anda melihat rumah banglo yang dibina menggunakan rekaan lama tetapi dimodenkan? Mungkin terlalu jarang bagi kita untuk lihat rumah banglo seperti ini bukan?

Dengan menggunakan tiang yang tinggi bagi menampung rumah yang berada diatas seakan rumah lama memang satu rekaan yang amat menarik bagi pandangan saya bahkan dikatakan dengan menggunakan konsep rumah lama seperti ini bukan sahaja ianya cantik bahkan menjimatkan kos! tapi... BETUL KE?


Untuk pengetahuan anda, kos sebenar pembinaan rumah ini bukanlah murah seperti yang anda sangkakan. (bagi orang have-have bolehlah..) 

Tetapi dengan rekaan seperti ini ianya dapat menjimatkan ruang untuk meletak kenderaan. TAK PERCAYA? lihat saja gambar dibawah ini. MENARIK BUKAN?



Bagi anda yang memiliki kenderaan yang banyak, anda tak perlu risau lagi dengan kos tambahan untuk membina garaj kenderaan anda.

Ruang bawah rumah juga selain dijadikan tempat letak kenderaan, ianya juga boleh dijadikan tempat untuk anak-anak bermain, tempat jemur pakaian dan kalau ada kenduri-kendara bolehlah dijadikan tempat untuk merewang (acik-acik bawang mesti suka hihihi).

Rekaan lama seperti ini kebiasaannya dapat dilihat digunakan untuk rumah-rumah kampung dengan menggunakan tiang kayu yang tinggi tetapi setelah dimodenkan dengan menggunakan tiang simen ianya nampak lebih moden dan memandangkan kos untuk pembinaan rumah kayu yang kini jauh lebih mahal berbanding rumah batu.

Dan yang paling penting dengan rekaan rumah seperti ini semestinya dapat menggamit kembali kenangan suasana rumah tradisional kampung yang kini telah banyak yang ditelan oleh arus pembangunan.

Nah saya belanja lagi ruang bahagian dalam rumah pulak..









Amcam? Cantik menarik tertarik kau memang the bomb kan?

P/S; humm kalaulah ada rezeki terpijak.. mau juge ade sebiji rumah macam ni.. tetapi apakan daya.. (SOB)

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments