Resipi Mudah Untuk Membuat Kimchi


Makanan probiotik orang korea iaitu kimchi merupakan satu makanan ruji disana. Apa korang ingat susu kultur je ke yang boleh ada probiotik?

Untuk info, kimchi juga mengandungi bakteria asid laktik yang terhasil daripada proses pemeramam / fermentasi semasa pembuatannya.

Menurut laporan penyelidikan yang dibuat pada tahun 2013 oleh Universiti Busan (Journal of Medicinal Food, January 2014, Vol. 17, No. 1: 6-20) selain mengandungi unsur probiotik, kimchi ini juga adalah salah satu 'cure' ataupun boleh kita kata agen antikanser, antisembelit, antibiositi, boleh mengurangkan kolestrol dalam badan dan banyak lagi manfaat yang boleh diperolehi dari kimchi.

Ok berbalik pada resipi kimchi, kebetulan anak-anak pun teramat suka kimchi ni.. walhal bukan pernah pergi korea pun! (hahaha) penangan dari korean drama barangkali? So kenalah buat kimchi selalu kan.. Kalau tak masak sayur pun cukuplah dengan adanya kimchi, boleh makan dengan nasi dan lauk yang lain.

Bagaimana cara membuat kimchi? senang je! Bawah ni aku kongsikan resipi kimchi paling senang nak buat kat rumah. Bahan-bahan pun mudah didapati.. TRY LA!

Bahan-bahan yang diperlukan :

1 biji kubis cina
1 biji buah pear atau epal, dihiris/disagat
1 ikat daun bawang, dipotong seinci
2 biji lobak merah, dihiris/disagat
1/2 cawan garam garam kasar
1/4 cawan serbuk cili (boleh tambah atau kurangkan mengikut kesukaan)

Bahan kanji :

1 cawan air
2 sudu besar gula
3 sudu besar tepung pulut

Bahan kisar :

1 biji pear atau epal
1 sudu besar gula
1 ulas bawang besar kuning
1 1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
3 sudu besar sos ikan

OK Jom 'MENGIMCHI!'

1. Belah dua atau empat sayur kubis dengan bahagian pangkal dengan pisau, kemudian tarik kubis menggunakan tangan. Bilas setiap kelopak kubis sehingga bersih kemudian toskan sampai kering.


2. Sapukan garam pada tiap-tiap kelopak kubis. Simpan kubis dalam bekas tertutup. Biarkan selama 7-9 jam dalam peti ais.


3. Setelah diperap dengan garam, bilas kubis yang diperap tadi menggunakan air bersih (tujuannya untuk mengurangkan rasa masin). Toskan kubis sampai kering.


4. Sediakan kanji pemekat dengan memanaskan air, tepung pulut dan gula, pastikan api tu biarlah kecil ok. Kacau sampai sebati dan bila dah pekat tu, tutup api dan biarkan seketika. Sekiranya kanji tu terlampau pekat, tambahkan air sikit.


5. Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan buah pear atau epal, kemudian tuang bahan yang dikisar tadi kedalam mangkuk dan tambah sos ikan, gula dan serbuk cili. Campurkan juga bahan kanji yang telah dimasak tadi dan gaul kesemua bahan tadi sehingga ianya sebati.


6. Masukkan lobak merah, buah pear atau epal dan daun bawang kedalam sambal kimchi. Gaul sekali lagi sehingga sebati. Biarkan 30minit untuk semua bahan tadi absorb masuk dalam sayur.


7. Sapukan sambal pada setiap bahagian kelopak kobis. Pastikan setiap bahagian kelopak disapu rata dengan sambal. (kalau tak kimchi jadi tak sedap)


Lipat bahagian hujung kubis dan masukkan kedalam bekas tupperware / bekas kedap udara. Pastikan kimchi itu tadi mampat, tekan bahagian atas untuk membuang lebihan udara dalam bekas. Simpan kimchi selama 2-3 hari dalam peti sejuk atau boleh juga simpan ditempat yang bersuhu bilik untuk memastikan proses fermentasi lebih cepat berlaku.


9. Potong kecil kimchi dan bolehlah dimakan dengan nasi putih bersama lauk yang lain.


Kalau korang kreatif dalam masakan, boleh juga cuba untuk buat nasi goreng kimchi. PADU BEB!


Senang je kan resipi kimchi ni? Cubalah sendiri, anda pasti takkan rasa menyesal!

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments