Sebab Sebenar Kenapa Wajah Jet-Li Kelihatan Berbeza Sekarang


Li Lianjie ataupun nama pentasnya, Jet-Li bukanlah satu nama yang asing bagi peminat filem aksi. Jet-Li adalah seorang pelakon aksi seni mempertahankan diri yang sangat popular di era 80an, 90an waima sekarang pun masih lagi popular.

Tahukah anda, Jet-Li dilahirkan pada tanggal 26 april 1963, di Beijing, China. Sebelum Jet-Li terjun ke bidang lakonan, dia sebenarnya adalah seorang atlet kebangsaan China dalam acara Wushu.

Setelah memenangi beberapa pingat dalam acara Wushu, Jet-Li akhirnya menyatakan hasrat untuk bersara dalam bidang Wushu pada umur 19 tahun!

Memulakan karier dalam bidang lakonan


Lakonan pertamanya adalah menerusi filem Shaolin Temple (1982), yang mana menerusi filem itu, namanya terus melonjak naik di China ketika itu.

Namun baru-baru ini peminat dikejutkan dengan berita yang menyatakan Jet-Li menderita sakit yang membuatnya kelihatan tersangat tua.


Menerusi beberapa gambar yang tular itu, Jet-Li dikatakan sedang berada di Tibet untuk melawat kuil di negara itu.

Jet-Li kelihatannya sangat uzur, membuatkan ramai peminat mula berasa resah dan bimbang akan kesihatan pelakon kesayangan mereka itu malahan ada yang tidak percaya yang usia Jet-Li kini sudahpun mencecah 55 tahun!

Sebelum ini, Jet-Li ada menyatakan yang dia sedang menghadapi beberapa masalah kesihatan antaranya masalah jantung, sakit tulang belakang dan hipertiroidisme.

Bagaimanapun kata Jet-Li, walaupun kini dia sakit akan tetapi tidak menderita seperti yang digembar-gemburkan.

Dalam pada masa yang sama juga, Jet-Li telah diberi amaran oleh doktor untuk tidak menerima tawaran berlakon yang mana boleh menyebabkan dia menghabiskan sisa hidup diatas kerusi roda!

Walaupun kini dia telah mengikut saranan doktor, akan tetapi penyakitnya itu kerap menyerang tanpa mengira waktu, tambahnya lagi.


Kemunculan Jet-Li di Tibet juga dikatakan ada kaitan dengan kepercayaannya sebagai penganut agama Buddha. Dia yakin pegangan kepada ajaran berkenaan serta amalan meditasi dapat membantu dirinya menjadi lebih stabil bagi menghadapi penyakitnya itu.

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments