Siling Plaza Tol Bukit Raja Runtuh Akibat Angin Kuat


KUALA LUMPUR: Beberapa bahagian bumbung di Plaza Tol Bukit Raja, Klang telah runtuh pada kira-kira jam 10 malam, sebentar tadi.

PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu, pihaknya menerima maklumat bahawa bumbung di tol Lebuh Raya Bukit Raja telah roboh ditiup angin kencang.

Menurut PLUS lagi, insiden itu telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas di kedua arah yang bermula sekitar 9.30 malam.

Difahamkan, kesesakan teruk juga dilaporkan berlaku dari arah Shah Alam.
PLUS dalam tweet terbaharunya bagaimanapun memaklumkan, insiden telah selesai sepenuhnya dan trafik mula lancar.


Sementara itu, PLUS turut memaklumkan bahawa Plaza Tol Bukit Raja telah ditutup sementara kepada semua kenderaan.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, pihak PLUS memberitahu, pada ketika ini tiga lorong keluar telah dibuka kepada orang ramai mulai jam 10:40 malam.

"Lorong-lorong lain akan dibuka secara berperingkat. Siasatan awal PLUS mendapati tiada kecederaan dilaporkan sama ada melibatkan kakitangan atau pengguna lebuh raya di plaza tol terbabit.

"Pada ketika ini, pihak PLUS sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pemeriksaan di plaza tol terbabit," kata kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, pihak PLUS turut menasihatkan orang ramai supaya mengikuti perkhidmatan Twitter PLUSTrafik untuk maklumat trafik terkini di Plaza Tol Bukit Raja.

Sumber : Awani

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments