Tahukah Anda Teknologi Yang Anda Sedang Guna Boleh Digodam?

teknologi-yang-boleh-digodam

Ini adalah antara topik kegemaran saya, topik tentang teknologi.

Dari hari ke hari, kita bergantung kepada teknologi yang ada untuk menguruskan kehidupan seharian kita.

Daripada telefon bimbit sehinggalah smart tv, laptop, cctv dan juga sosial media. Teknologi ini boleh digunakan untuk mengintip gambar, video, dokumen penting dan bermacam lagi. Selain mengumpul data untuk dijual kepada syarikat-syarikat tertentu.

Selain itu ada yang boleh mengintip dengan menghidupkan kamera dan juga mikrofon peranti teknologi anda, untuk kita tahu tentang perkara ini dan mengambil langkah berjaga-jaga adalah sangat penting!

Dan ini adalah cara bagaimana teknologi boleh mengintip anda!

5. Aplikasi Telefon

hack-android-phone

Satu teknologi yang digunakan oleh hampir semua orang buat masa ini, setiap telefon pintar mempunyai aplikasi. Ada aplikasi yang dicipta untuk mengintip aktiviti anda semasa menggunakan telefon.

Aplikasi ini juga boleh digunakan untuk memuat turun (download) segala dokumen penting didalam telefon bimbit anda termasuk password, message, gambar, video, kamera, mikrofon dan sebagainya.

Ada juga aplikasi yang dicipta untuk digunakan oleh majikan untuk mengintip pekerja mereka. Seperti juga aplikasi yang boleh dibeli dan dimuat turun di mobilespy, verylog dan hubstuff.

Aplikasi ini harus di install didalam telefon pekerja, selepas di install semua aktiviti dan dokumen didalam telefon bimbit pekerja boleh diakses oleh majikan.

Dengan itu pastikan anda semak kebenaran (permission) yang keluar  setiap kali anda install aplikasi tertentu untuk mengelak daripada diintip. Tetapi ini tidak terhad kepada majikan sahaja, banyak aplikasi yang boleh digunakan untuk tujuan yang sama.

4. Sosial Media

sosial-media-hacked

Tahukah anda sosial media seperti facebook, instagram twitter dan sebagainya boleh mengumpul dan mengambil data yang anda masukkan semasa mendaftar di platfom tersebut?

Malah baru-baru ini pemilik facebook, Mark Zuckerberg telah dituduh mengumpul data-data peribadi pengguna facebook dan menjual data tersebut kepada syarikat-syarikat tertentu untuk tujuan pengiklanan.

Ini bukan satu tuduhan yang remeh, Mark Zuckerberg telah dipanggil untuk membuat kenyataan didepan kongres pada bulan april yang lalu untuk dia menjelaskan dan mengambil langkah supaya data peribadi pengguna facebook dirahsiakan.

Apa yang menakutkan bukan facebook sahaja yang dikatakan mengambil dan mengumpul data, jenama-jenama yang dimiliki Mark Zuckerberg juga menakutkan perkara yang sama termasuk whatsapp dan instagram.

Selain itu ada kaedah untuk memuat turun maklumat sulit anda di facebook dengan mudah. Pastikan anda berhati-hati ketika menghantar maklumat peribadi anda bukan sahaja di facebook malah diplatfom sosial media yang lain.

3. Laptop / Komputer

laptop-komputer-digodam

Satu lagi teknologi yang tidak boleh dipisahkan daripada kita. Laptop dan komputer boleh digunakan untuk mengintip anda. Macammana?

Penggodam boleh menggodam webcam dan juga mikrofon anda. Selain menginstall aplikasi yang membolehkan mereka melihat dokumen termasuk video dan gambar didalam laptop anda, penggodam boleh menghidupkan webcam dan mikrofon tanpa pengetahuan anda!

Ada cara yang boleh digunakan malah ada software yang boleh dimuat turun untuk menggodam laptop ataupun komputer mangsa.

Mark Zuckerberg sendiri menutup kamera laptop dengan pita pelekat. Selain itu bekas pengarah FBI (Federal Bureau of Investigation) James Comey juga menyarankan pengguna untuk menutup kamera dan juga mikrofon laptop mereka.

Dengan itu pastikan laptop dan komputer anda sistem antivirus, dan database antivirus tersebut mestilah dikemaskini dari masa ke semasa. Tutup kamera dan juga mikrofon anda jika tidak digunakan seperti yang disarankan.

2. Kamera Litar Tertutup (CCTV)

cctv-being-hacked

Satu teknologi yang digunakan untuk memastikan keselamatan anda dan keluarga. Tetapi tahukah anda, untuk mengakses rakaman kamera litar tertutup ini, anda hanya memerlukan alamat 'IP Address' kamera tersebut.

Apabila anda rasa alamat ip address tersebut anda sahaja yang tahu, disitulah anda silap! Sebenarnya ada cara untuk mendapatkan alamat ip address kamera litar tertutup anda dengan mudah.

Malah ada laman web yang memaparkan ribuan rakaman kamera litar tertutup didalam dan diluar rumah serta didalam bangunan.

Dengan ip address ini, banyak cara yang boleh digunakan untuk log masuk dengan mudah dan memaparkan rakaman siaran langsung litar tertutup dirumah anda.

Jangan tersilap tafsir, bukan bermaksud semua jenis kamera litar tertutup terdedah kepada intipan. Hanya kamera litar tertutup yang mempunyai sistem lama ataupun sistem yang outdated.

Jika anda pemilik kamera litar tertutup, pastikan anda semak ciri-ciri keselamatan kamera tersebut!

1. Smart TV

smart-tv-hack

Semakin popular buat masa kini, memberikan pengguna pengalaman seperti sedang menggunakan sebuah telefon bimbit, lengkap dengan fungsi-fungsi telefon bimbit seperti kamera dan mikrofon disebuah skrin tv yang besar.

Sekali lagi konsep yang sama seperti laptop, komputer dan aplikasi, data-data yang disimpan di smart tv boleh digodam. Terutamanya kamera dan mikrofon yang boleh dihidupkan dan ditonton secara langsung oleh penggodam tanpa pengetahuan anda!

Laporan daripada beberapa media antarabangsa seperti dailymail.com dan juga consumerreports.com melaporkan yang jutaan jenis smart tv boleh digodam.

Ini disebabkan oleh sistem yang digunakan oleh peranti-peranti ini adalah outdated ataupun lama. Sistem outdated mempunyai banyak kelemahan yang boleh digunakan oleh penggodam untuk menggodam smart tv anda.

Oleh itu sekali lagi pastikan anda kemaskini (update) sistem smart tv yang anda miliki. Boleh juga tutup kamera dan mikrofon jika tidak digunakan.

Jadi pastikan kita semua berjaga-jaga dengan teknologi-teknologi yang kita sedang gunakan sekarang. Pastikan sistem anda bukan menggunakan sistem yang lama ok!

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments