Tanah Lot Banglo Tak Dapat, Hadiah Dato Vida Tak Ada Harga


Juara Gegar Vaganza musim ke-4, Aishah hari ini tampil mendedahkan yang dia masih belum lagi menerima hadiah yang berupa sebidang lot tanah banglo seperti yang dijanjikan setelah setahun berlalu.

Aishah juga turut mendedahkan yang barangan kemas tajaan Dato' Vida yang dimenanginya juga sebenarnya tidak mempunyai nilai.

"Sesuatu yang berkilauan tidak semestinya berlian, yang dijanjikan dan yang dihebohkan seantero dunia kadangkala hanyalah 'Janji Manismu' sahaja."

"Kadangkala nak dapatkan hak yang dah dimenangi pun punyalah banyak songeh, yang dah diberi rupa-rupanya hanyalah kilauan semata tidak ada harga pun."


"Kalau buat rumah banglo dalam tempoh lapan bulan dah siapkan? kalau banglo kecil rasanya dah lama siap tapi tanah tiada, tanahnya mana?" luah Aishah di Instagram miliknya.

Dalam GV4 yang lalu, Aishah telah memenangi tempat pertama. Hadiah yang dimenanginya adalah wang tunai berjumlah RM100,000 serta hadiah sampingan sebidang lot tanah banglo, barangan kemas, baucer beli belah, pakej percutian ke Europe beserta Trofi.

Dalam pada masa yang sama juga, Aishah turut berkata yang tahap kesabarannya kini semakin menipis. Setelah memberi peluang kepada pihak penaja untuk memberikan reaksi atau membetulkan keadaan tapi setakat ini masih tidak ada jawapan.


Aishah turut menyatakan yang dia rasa terkilan sangat setelah diperlakukan begitu.

Notakaki: sabar la kak, hari ni hari dia, besok lusa hari akak pulak.. pada pihak yang terbabit, janganlah buat kak aishah camtu. dia cuma menuntut hak dia, kenapa perlu hold sampai setahun? kot ada masalah bagitau ler, table talk.. bincang elok² aduaii

Teks asal : Mstar

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments