Tips Untuk Wanita Memilih Calon Suami


Setiap orang ada kreteria tertentu bila nak cari calon suami. Bermula dengan berkawan, boy friend pastu tunang.

Bertunang tu dah jadi stage terakhir menilai calon suami. Kekadang kat stage ni pun sangkut dan terpaksa dileraikan demi kebahagiaan diri.

Tips Untuk Memilih Calon Suami

Kat sini kami turunkan beberapa tips yang korang mungkin boleh gunakan untuk memilih calon suami.

1. Boleh Kerjasama
Cari calon yang boleh bekerjasama dengan korang. Ini penting sebab memang letih kalau kita kena wat atau settlekan sorang-sorang sedangkan hidup bersama.

2. Bersahaja
Kemampuan calon bersikap bersahaja kat depan korang. tak kira la dari segi penampilan, berbicara, memberi reaksi pada persekitaran atau lainnya. Jangan cari yang control macho, mulut manis dan terlalu ambil kisah segalanya / cerewet. Nanti korang yang letih nak handle dia.

3. Keikhlasan
Gunakan gerak hati untuk baca keikhlasan calon nak hidup bersama kita . Bila calon itu atau kita dapat saling baca fikiran dan dapat duga perasaan dan reaksi satu sama lain pada waktu tertentu , terutama bila sakit atau hadapi masalah , maknanya dia pasangan yang cukup serasi dengan kita .

4. Selesa
Bila kita bersamanya, kita rasa tenang, selesa dan tak de perasaan tertekan malah tak de rasa bosan walaupun sudah berjam-jam bersama dia. Ada saja cerita yang kita nak kongsi dengan dia.

5. Susah Senang Bersama
Sanggup susah senang bersama kita. Dia boleh bersama kita dalam situasi apa pun! Malah dia boleh faham situasi dalam hati kita, baik suka ataupun duka. Adakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kita dirundung masalah dan adakah dia faham bila emosi kita terganggu ataupun dia tahu apabila kita ditimpa kesakitan atau musibah.

6. Menerima Seadanya
Calon itu tidak kisah dengan pengalaman masa lalu korang. Maknanya dia bersedia menerima korang seadanya!

7. Berkongsi Rahsia
Calon tidak teragak-agak berkongsi apa juga rahsia nya dan juga masalahnya dengan korang. Malah dia tak teragak-agak / lebih selesa untuk bercerita tentangnya. Pastikan juga dia calon yang boleh simpan rahsia korang. Bimbang lak kalau tak jadi , keluar semua cerita buruk kat internet. Bahaya beb!

8. Berkarisma
Dia berani jumpa keluarga korang dan berani menyatakan hasrat pada keluarga korang. Malah dia juga tak kisah kenalkan korang / dedahkan identiti korang pada ahli keluarganya. Sifat berani dan berkarisma inilah yang diperlukan dalam mencari calon suami seterusnya pasangan sehidup semati!

Teks asal dari Kamithemedia

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments