Zaman mIRC Adalah Zaman Terindah


Pernahkah anda terdengar tentang mIRC? Kalau tak tahu maka anda bukanlah seorang otai dalam dunia internet haha.. Gilaa legend kot!

Nostalgia gile bila teringat masa dulu-dulu bertempur dialam maya.. cari kenalan.. perghhh rindu beb!

Untuk info, mIRC singkatan kepada Mardam-Bey Internet Relay Chat ini dicipta pada tahun 1995 oleh seorang lelaki dari Amman, Jordan yang bernama Khaled Mardam-Bey.

MIRC ini kiranya bolehlah dikatakan MOYANG kepada segala apa laman sosial yang ada sekarang ni.


Sebelum lahirnya laman-laman sosial seperti yang ada sekarang ni, mIRC lah tempat untuk mencari rakan, pakwe/makwe ni..

Selain daripada itu, mIRC juga menjadi tempat untuk kaki-kaki scripter beradu tenaga untuk jadi yang terhebat. (contohnya: lawan flood, lawan autokick dan bermacam lagi).

Didalam mIRC ini juga ada banyak server untuk korang join diantaranya adalah Webnet, Dalnet, Undernet dan bermacam-macam lagi server. Bagi 'OTAI' selalunya mereka akan lepak diserver Dalnet.

Bagi kaki scripter yang tegar (macam aku :D), selalunya akan lepak di server (BANJIRIAN) zildjan.mine.nu (kaki scripter pasti tahu).


MIRC ni juga ada rules yang perlu korang follow. Setiap server pasti akan ada pemantaunya. Dengan istilahnya IRCOp (Irc Operator) ini akan memantau sesiapa yang buat kesalahan dan jika didapati melanggar peraturan maka korang pasti akan dibanned / kill.

Kalau korang ingat lagi, di mIRC ni siap ada pangkat-pangkat lagi! (kelas kau jahh!) So sesiapa yang ada pangkat ni secara automatiknya hidung pun kembang memanjang hahaha..

Antara pangkat yang anda di mIRC :

Founder : Channel Creator
SOP : Super Operator
AOP : Auto Operator
VOP : Voice people
UOP : (hat ni aku taktau apa istilahnya)

Antara channel (#) yang popular di mIRC adalah #kampung #mamak dan kebanyakkan channel yang popular lainnya adalah channel negeri (tak perlu aku listkan).

So kalau korang seorang Founder, nak popularkan channel korang sudah mestilah kena invite rakan-rakan untuk masuk samaada secara manual ataupun pakai bot.

Dengan kepintaran scripter-scripter yang ada ketika itu, maka terciptalah bot-bot yang super power seperti bot script war, bot inviter, bot protection, bot kuiz dan sehinggakan bot nak pedajei orang pun ada! (tersangat dahsyat waktu tu).

Bagi channel-channel yang besar kalau korang masih ingat lagi selalunya mereka akan memasang bot kuiz di channel mereka bagi memastikan pengunjung yang bertandang tidak bosan.

Selain itu mereka juga akan buat gath (gathering) bagi merapatkan silaturahim antara mereka.

Tulah serba sedikit cerita 20 tahun yang dulu.. tapi yang menjadi kenangan tu time bila nak connect ke server.. siap ada bunyi 'tut turututut tut tut' dari modem (bising gile!).. zaman dial up kot! hahhaa

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments