AFC B-16: Senarai 23 Nama Pemain Skuad Malaysia


Ketua jurulatih skuad Bawah 16 tahun (B-16) kebangsaan, Lim Teong Kim menyenaraikan 23 pemain bagi membarisi skuad Malaysia pada Kejuaraan B-16 AFC 2018 di Kuala Lumpur bermula  20 September hingga 7 Oktober ini.

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan A akan memulakan kempen berdepan Tajikistan pada 20 September diikuti aksi menentang Thailand (23 September) dan  Jepun (26 September) yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Jika berjaya menduduki dua tempat teratas Kumpulan A, pasukan negara akan bertemu juara atau naib juara Kumpulan B yang terdiri daripada pasukan Korea Utara, Oman, Yaman dan Jordan pada aksi suku akhir yang dijadualkan  30 September.

Sekiranya pasukan negara muncul juara Kumpulan A, perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional manakala jika naib juara  mereka akan beraksi di Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya.

Perlawanan separuh akhir dijadualkan pada 4 Oktober di Stadium Nasional dan Stadium Petaling Jaya, manakala final pula pada 7 Oktober di Stadium Nasional.

Selain Stadium Nasional dan Stadium Petaling Jaya, satu lagi gelanggang kejohanan ialah  Arena Universiti Malaya (UM Arena), Kuala Lumpur.

Tiket dijual pada harga RM10 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak) di ketiga-tiga venue  namun bagi perlawanan di Stadium Nasional, tiket turut dijual untuk kategori VIP berharga  RM20 dan grandstand RM15.

Berikut adalah senarai 23 pemain yang membawa cabaran negara ke Kejuaraan B-16 AFC 2018:


Sumber : FAM

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments