AFC-B16: Skuad Bolasepak Wanita Malaysia Bakal Bertemu Myammar


Skuad bola sepak wanita B-16 kebangsaan kendalian Justin Ganai akan berlepas ke Kathmandu, Nepal pagi esok bagi menghadapi Pusingan Kelayakan Kejuaraan Wanita B-16 AFC 2019 di sana bertemu Myanmar pada Rabu, 19 September diikuti Filipina (21 September) dan Nepal (23 September).

Tengah hari tadi berlangsung majlis perjumpaan di Wisma FAM, Kelana Jaya dengan Timbalan Presiden FAM, Dato' Sri Subahan Kamal dan Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam hadir bagi memberikan kata-kata semangat kepada para pemain.


Turut serta, dua Naib Presiden FAM, Mohd Joehari Ayub dan Dato' S Sivasundaram serta Pengarah Teknikal Bola Sepak Wanita FAM yang juga ketua jurulatih wanita kebangsaan, Jacob Joseph.






All the Best to the Women’s National U-16 Squad! Good luck!

Sumber : FAM

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments