Emas Ke-7 Malaysia Diraih Melalui Skuasy Lelaki


Skuad skuasy lelaki menghadiahkan pingat emas ketujuh buat Malaysia dalam Sukan Asia 2018, selepas menundukkan pilihan utama, Hong Kong, 2-1 di Pusat Skuasy Gelora Bung Karno, sebentar tadi.

Setelah Ivan Yuen terlepas peluang untuk menghadiahkan mata pertama susulan kekalahan 7-11, 18-20, 11-9, 8-11 di tangan Yip Tzs Fung, Nafiizwan Adnan memberi harapan buat negara menerusi kemenangan ke atas Max Lee 11-9, 11-7, 11-7.

Sedar dengan harapan besar yang digalas, perseorangan ketiga negara dengan status juara remaja dunia, Ng Eain Yow, memastikan kilauan emas menjadi milik Malaysia selepas melepasi cabaran Au Chun Ming 11-7, 11-7, 11-4.

Kejayaan itu menyaksikan skuad lelaki menebus kehampaan pasukan wanita dalam acara berpasukan, selepas Low Wee Wern dan Datuk Nicol Ann David terkandas di separuh akhir akibat kekalahan 2-0 di tangan wakil India, Joshna Chinappa dan Dipika Pallikal Karthik, semalam.

Sumber : Stadiumastro

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments