Perak Dihampakan Felcra, Bakal Buat Perhitungan Di Suku Akhir


Perak bakal membuat perhitungan dengan PKNS FC pada suku akhir Piala Malaysia selepas tewas 1-2 kepada FELCRA FC dalam aksi terakhir Kumpulan A malam tadi.

Tanpa sebarang mata dibawa pulang dari Stadium Bolasepak Cheras meletakkan skuad The Bos Gaurus menamatkan saingan di tangga kedua kumpulan dengan 10 mata di belakang Terengganu, hanya dipisahkan dengan perbezaan jaringan.

Dalam perlawanan itu, meskipun sudah tersingkir awal, FELCRA yang dibimbing Tarcisio Pugliese tetap bersemangat untuk menamatkan kempen dengan keputusan positif.

Mereka hampir di depan pada minit ke-19 namun penyerang Abdul Azim Rahim gagal menewaskan penjaga gol Perak Khairul Amri Salehuddin ketika situasi satu lawan satu.


Bagaimanapun FELCRA akhirnya mendapat gol pertama menerusi percubaan Dzulfahmi Abdul Hadi pada minit ke-38.

Skuad The Bos Gaurus kendalian Mehmet Durakovic seharusnya menyamakan kedudukan pada minit ke-45 tapi sepakan penyerang import Gilmar sekadar singgah di palang gol.

Gilmar menebus kesilapan dengan menyumbat gol pada minit ke-76 namun kegembiraan itu tidak kekal lama apabila tiga minit kemudian, Abdul Azim melepasi kawalan pemain pertahanan pelawat untuk merembat gol kedua FELCRA.

Sumber : Bharian

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments