Piala Cabaran 2018: JDT II, ATM Mara Ke Separuh Akhir


Johor Darul Ta'zim (JDT) II berpesta gol selepas merakamkan kemenangan bergaya 5-1 ke atas Pulau Pinang dalam saingan peringkat Kumpulan B Piala Cabaran 2018 di Stadium Negeri Pulau Pinang, sebentar tadi.

Saingan separuh akhir sudah menanti JDT II -- skuad kendalian Ervin Boban mendahului Kumpulan B dengan sembilan mata dan kemenangan ke atas Pulau Pinang memastkan mereka muncul juara kumpulan.


Dalam babak pertama perlawanan, JDT II mendahului perlawanan pada minit ke-17, kesilapan kapten Pulau Pinang, Kang Seung-jo yang mahu mengeluarkan bola daripada kotak penalti terkena Norhafiz Zamani Misbah.

Pada penghujung separuh masa pertama, Nicolas Fernandez dan Rozaimi Abdul Rahman meledak dua lagi jaringan gol untuk mereka selesa memimpin permainan.


Seperti tiada harapan buat Pulau Pinang, JDT II terus selesa mengawal permainan -- Amer Saidin dan Shahwan Shaharudin menjaringkan dua gol jaringan gol pada minit ke-71 dan 78 bagi memastikan skuad kendalian Zainal Abidin Hassan mengakhiri saingan di kedudukan tercorot. Jaringan saguhati tuan rumah hadir menerusi percubaan Mohd Alafi Mahmud.


Sementara itu, turut mara ke separuh akhir Piala Cabaran ialah ATM yang meraih kemenangan 1-0 ke atas UiTM FC -- jaringan gol dihasilkan oleh Raja Mohd Riduwan pada penghujung permainan bagi memastikan ATM mengakhiri saingan di tempat kedua.

Sumber : Stadiumastro, Football Malaysia LLP

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments