Skuad Hoki Terpaksa Berpuas Hati Untuk Perak

Pemain negara, Muhammad Firhan Ashari (tengah) sedang cuba melepaskan diri dari kawalan pemain Jepun pada perlawanan akhir Sukan Asia 2018 , sebentar tadi. - AFP

Harapan skuad hoki negara untuk meraih emas tidak menjadi kenyataan apabila Jepun bangkit membuat 'comeback' untuk mengikat Malaysia 6-6 sebelum menewaskan Malaysia menerusi penentuan penalty shootout 1-3 di Padang Hoki Gelora Bung Karno, sebentar tadi.

Malaysia telah mendahului diawal saingan hingga suku terakhir perlawanan, dan ketika diambang untuk muncul pemenang pingat emas Sukan Asia 2018, Malaysia dihampakan.

Kebangkitan yang dipamerkan oleh pasukan Jepun ternyata mengejutkan skuad kendalian Stephen Van Huizen, 3 gol dalam tujuh minit menyaksikan kedudukan terikat 5-5.

Pada penghujung permainan, Malaysia kembali mendahului menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil, tetapi Hiroshima Ochiai menyamakan kedudukan ketika perlawanan berbaki 12 saat sekaligus penentuan pukulan penalti harus dijalankan bagi menentukan pemenang.


Kegagalan Faizal Saari, Muhammad Azuan Hasan Meordan Tengku Ahmad Tajuddin menyempurnakan pukulan penalti menyaksikan Jepun memenangi pingat emas sekaligus 'meragut' kelayakan automatik Malaysia untuk beraksi dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.

"Sukar untuk saya bercakap pada ketika ini. Kami telah melakukan kesilapan yang membenarkan Jepun menghasilkan peluang tetapi masih belum rezeki untuk Malaysia beraksi dalam Sukan Olimpik," kapten negara, Sukri Abd Mutalib.

Sedih tetapi itulah hakikat yang terpaksa ditelan oleh semua baik pemain mahupun peminat sukan tanahair, rata-rata menyatakan kekecewaan.

Walauapapun, tahniah dan syabas diucapkan buat skuad kendalian Stephen walaupun tidak dapat meraih emas, tetap membawa pulang pingat perak buat Malaysia.

Sumber : Utusan, Stadiumastro

Suka artikel ini? →


Post a Comment

0 Comments